Jangan jadi orang rajin yang pemalas & kedekut.

fake-wa

Assalamualaikum WBT,

“Selipar jamban saya hilang disyaki dicuri oleh Alien. Jika terjumpa sila hubungi saya ditalian 0123456789”

Susah sangat ke nak hubungi nombor tertera tanya dulu sama ada selipar jambannya sudah dijumpai atau belum. Jika susah maka tak perlu viralkan. Inilah penyakit orang kita sekarang yang suka sangat nak jadi champion jadi tukang forward nombor satu tanpa usul periksa. Kadang kala ada perkara yang sudah bertahun namun masih lagi diviralkan. Jadi, saya merayu… tolonglah semak dulu kesahihan sesuatu perkara sebelum menyebarkannya. Lebih sedih, jika yang menyebarkannya ialah orang-orang yang boleh dipercayai kredibilitinya tetapi tanpa usul periksa menyebarkan maklumat palsu.

Maka, jangan la kita menjadi orang yang rajin nak sebarkan sesuatu benda tapi pemalas untuk semak dan kedekut pula untuk pastikan kesahihannya.

Posted in Tips | Leave a comment

UiTM Dengkil kini bercahaya

UitmDengkil1

 

Assalamualaikum WBT.

UiTM Dengkil sudah mula bercahaya sejak 2 minggu lepas. Kini kerja-kerja sudah memasuki peringkat akhir dan kerja-kerja infrastruktur giat dijalankan. Saya percaya tempoh siap bangunan ini akan mengikut jadual yang dirancang iaitu pada bulan November ini.

Continue reading

Posted in Uncategorized | 1 Comment

Nasi Ambeng Dengkil

nasi ambeng

Assalamualaikum WBT.

Sebelum ini saya ada menulis cara-cara menyediakan Nasi Ambeng. Tapi tak tahu apa sebabnya gambar-gambar tersebut hilang. Namun penceritaannya masih ada disini.

Ramai penggemar nasi ambeng ni. Nak cari bukan senang. Kalau ada yang jual di pasar pun biasanya tak memenuhi citarasa sebenar nasi ambeng itu sendiri. Continue reading

Posted in Iklan, Ramadhan | Leave a comment

Misi bantuan ke Masjid Kg Kelola Jerantut Pahang yang di landa banjir #Throwback

B

 

Assalamualaikum WBT.

Merujuk pada posting saya yang lepas (klik sini), alhamdulillah misi tersebut telah berjalan dengan jayanya. Maaf kerana mengambil masa yang sangat lama untuk post kerana kesibukan yang melanda.

Saya gagahkan juga untuk menulis disini kerana ada sumbangan-sumbangan yang saya terima untuk diserahkan kepada masjid tersebut setelah membaca posting saya.

A

Pengerusi JKKKP memimpin bacaan doa sebelum bertolak.

Continue reading

Posted in Kemasyarakatan, Pengalaman, Tragedi, Uncategorized | Leave a comment

Serabai

Serabai

Assalamualaikum WBT.

Bila sebut SERABAI semua akan terbayang keadaan kusut masai. “Apa kau ni. Serabai je!” Tapi di Pulau Pinang, Serabai ialah sejenis kuih (seperti gambar diatas) dan boleh didapati di medan selera Taman Tun Sardon Gelugor Pulau Pinang.

Kedai yang terletak di medan selera ini terdapat plak Jalan-Jalan Cari Makan dan pelanggan yang ingin menikmati hidangan Serabai ini perlu beratur sebelum dapat membelinya. Cubalah.. Jangan risau kerana anda takkan berserabai setelah menikmatinya.

 

Posted in Uncategorized | 1 Comment

Sumbangan pengimarahan masjid yang dilanda banjir.

kelola

 

Assalamualaikum WBT.

Gambar diatas adalah pemandangan sewaktu dan selepas banjir yang melanda Masjid Kg Kelola Jerantut Pahang. Pada hari Sabtu lepas 2 buah 4WD dari Masjid As-Shariff telah ke kampung ini menyampaikan sedikit bantuan kepada penduduk disitu yang teruk terjejas akibat banjir.

Hasil pemerhatian yang telah dilakukan mendapati masjid di kampung ini juga teruk terjejas peralatannya. Atas maksud itu Biro Pemuda Masjid As-Shariff Kg Dato Ahmad Razali Dengkil, sekali lagi ingin berkunjung ke kampung tersebut bagi tujuan membersihkan masjid serta membawa bantuan keperluan asas masjid seperti Sistem Pembesar Suara, Sejadah, Karpet, Kipas, Al-Quran, surah Yassin, kabinet dan lain-lain keperluan. Sumbangan tuan/puan sangat diperlukan dalam menjayakan misi bantuan ini. Rombongan akan bertolak pada 8 Jan 2015 dan akan pulang pada 9 Jan 2015.

Pihak masjid memberi peluang kepada orang ramai untuk membuat pahala berterusan dengan memberi sumbangan ikhlas samada dalam bentuk barangan seperti yg disebutkan atau wang tunai (utk tujuan pembelian barang). Sumbangan wang tunai boleh disalurkan terus ke akaun CIMB Masjid As-Sharif Kg Ahmad Razali 12560000018105 (sebelum 8/1/2015). Apabila telah selesai sila emelkan bank in slip ke masjidkdar@gmail.com . Semoga segala sumbangan ikhlas tuan/puan mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah SWT.

Posted in Iklan, Tragedi | Leave a comment

UiTM Dengkil (Terkini)

uitm

Assalamualaikum WBT,

Ramai yang bertanya dan mengikuti perkembangan UiTM Dengkil. Kini proses pembinaan sedang giat dijalankan. Tempoh pembinaan bermula dari November 2012 dan dijangka siap pada November 2015. Peratusan siap sehingga 31 Ogos 2014 ialah 59.6 peratus.

Continue reading

Posted in Uncategorized | 11 Comments

Dalang kertas UPSR bocor dikenal pasti.

upsr

 

Assalamualaikum WBT,

Hari ini 15/9/2014 sepatutnya anak saya yang berada di darjah 6 sudah boleh fokus kepada satu lagi peperiksaaan selepas tamatnya UPSR pada 11/9/2014. Walaupun sekolah bercuti namun pagi lagi dia sudah keluar untuk ke Sekolah Rendah Agama Dato Ahmad Razali kerana ada kelas tambahan untuk menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Agama (PSRA) yang dijadual dari 22/9 hingga 26/9.

Dan seharusnya ingatan terhadap UPSR sudah luput. Namun, kecuaian pihak berkenaan telah mengakibatkan kertas soalan kertas Sains & Bahasa Inggeris bocor dan kedua mata pelajaran tersebut terpaksa diambil semula pada 30/9/2014.

Walaupun saban tahun kita mendengar berkenaan perkara ini, namun kekecohan yang teramat sangat pada tahun ini ialah tidak lain dan tidak bukan berpunca dari kemudahan komunikasi yang semakin canggih. Kalau dulu bocor takde la kecoh sangat sampai pihak Lembaga Peperiksaan terpaksa mengulang semula, tapi setelah melihat bukti-bukti yang diedarkan melalui ‘smartphone’ ianya terpaksa ditarik semula.

Terfikir sejenak, ada mungkin benar dakwaan bahawa setiap tahun soalan bocor. Cuma tidak terlalu kecoh kerana dulu takde whatsapp, wechat mahupun telegram. Apa tujuan mereka bocorkan soalan sedangkan inilah kali pertama dalam hidup anak-anak ini menghadapi satu peperiksaan besar. Bagaimana dengan peperiksaan2 besar yang mereka akan hadapi seterusnya nanti? Perlukah masih berharap ada soalan bocor yang akan diterima?

Sebab itu pada padangan saya dalang yang membocorkan soalan UPSR ini bertujuan untuk menjaga nama baiknya dan sekolah tetapi merosakkan masa depan anak-anak muridnya sendiri. Masakan tidak, setelah keputusan UPSR dicapai, mereka akan berbangga dan tersengih bagai kerang busuk melihat ramainya anak murid mereka mendapat keputusan cemerlang akan tetapi keputusan cemerlang itu tidak kemana sebenarnya. Oleh itu, saya telah mengenal pasti siapa dalang yang membocorkannya. Mereka ini ialah orang yang terdesak kerana ingin menjaga prestasi dengan cara yang kotor.

Sebagai bapa, saya juga tidak bangga jika anak saya mendapat 5A jika dia juga telah mengetahui awal soalan yang akan keluar. Bukanlah peperiksaan namanya. Saya juga sangat berharap agar pihak Kementerian dapat memastikan perkara seperti ini tidak berulang dan pastikan SOP dari mula kertas soalan ingin dibuat sehingga sampai ke tangan murid dalam dewan peperiksaan disemak setiap tahun agar tiada lagi kebocoran.

Posted in Pendedahan | Leave a comment

Kepentingan Usaha Agama

Assalamualaikum WBT,

Petikan bayan di Masjid Jamek Seri Petaling 27/4/2014

1- Untuk kejayaan manusia Allah tidak memberi harta, kedudukan, kuasa, pemerintahan. Tetapi Allah bagi agama dan usaha agama.

2-  Manusia dpt lihat kejayaan hanya dalam agama ialah apabila agama itu sampai ketempat yg sepatutnya iaitu dalam diri manusia dan diamalkan mengikut cara Nabi Muhammad SAW. Bukan di tv, papan iklan, surat khabar dan lain-lain.

3 – Peluru satu senjata yg hebat. Boleh bunuh singa, harimau, gajah, manusia dan lain-lain dengan izin Allah. Satu orangg manusia telah dapat sebutir peluru. Kemudian dia baling peluru tersebut pada seekor kucing. Tapi kucing tersebut tak mati. Dia persoalkan kenapa peluru ini tak oleh bunuh kucing pun sedangkan orang kata peluru boleh bunuh singa, gajah dan lain-lain yang lagi besar dari kucing. Ini ialah kerana manusia tadi telah gunakan peluru ditempat yg salah. Peluru sepatutnya di letak pada laras pistol / senapang dan kesan peluru tadi akan kelihatan. 

4 – Begitulah agama ini jika diletak ditempat yang betul ianya akan beri kesan yg sangat besar. Dan agama yg betul terletak dalam amalan yg ditunjuk oleh Nabi SAW. Satu org manusia yg amal agama dengan cara bertepatan dengan cara Nabi SAW ianya akan mendatangkan kesan.

5 – Segala harta, pangkat dan kuasa didunia ini sedikit pun tiada nilai. Yg paling bernilai ialah kalimah tauhid dan sunnah Nabi SAW.

6 – Segala kerajaan yg besar pada ketika ini tidak mampu utk membelah bulan. Tapi dengan hanya amalan, Nabi SAW mampu membelah bulan.

7 – Pada zaman Hazrat Umar r.a telah berlaku gempa bumi. Hazrat Umar bercakap dgn bumi tersebut adakah Sahabat Nabi SAW masih hidup ketika ini gempa bumi boleh berlaku? Dgn serta merta bumi terus berhenti dari gempa. Tapi adakah pada ketika ini ada satu negara yang mempunyai teknologi yang mampu utk menghalang gempa bumi dari berlaku? Untuk cegah kemurkaan Allah SWT bukan dengan teknologi. Tetapi dengan amal. Amal yang betul ialah seperti yang Nabi SAW telah tunjuk. 

8 – Kekuatan agama berpaksi pada iman yang kuat ada dlm diri sahabat. Ini berlaku kerana mereka telah usaha atas iman selama 13 tahun di Mekah sebelum datangnya perintah solat, puasa, zakat dan lain-lain. Mereka telah buat usaha utk keluarkan ghairullah (selain Allah) dalam hati mereka. Dalam hati mereka hanya ada Allah dan iman mereka sangat mantap.

9 – Hari ini manusia berbangga dgn mengatakan dia seorang Islam. Tapi adakah iman telah ada dalam diri mereka? 

10 – Sahabat r.hum usaha selama 13 utk bentuk iman yakin dan guru mereka ketika itu ialah Nabi SAW. Guru yg terbaik dan tidak ada guru lain yg boleh menandingi Baginda SAW sampai hari kiamat. Dan sahabat r.hum ialah sebaik2 murid dan tidak ada murid yg lebih baik dari mereka selepas itu. Tapi tempoh 13 tahun diperlukan utk bentuk iman yakin mereka. Tapi bagaimana keadaan kita. Kita rasa berpuashati dengan iman kita bila kita sudah tunaikan rukun-rukun Islam. Tapi adakah cukup setakat itu?

11 – Apabila iman yang sempurna telah ada dalam hati manusia, maka akan datang 2 sifat. Sifat yang pertama TAAT – Orang yang taat akan sentiasa mencari-cari  apa juga perintah Allah utk ditaati. Sifat yang kedua TAQWA – orang yang taqwa takkan sanggup untuk lakukan langgar larangan Allah SWT. Bagi mereka segala larangan Allah adalah besar dan tidak patut untuk dilanggar.

 

12 – Dalam quran ada 700 ayat perintah Allah tentang tunaikan solat. Bila satu orang tinggalkan solat maka dia telah melanggar 700 perintah Allah. Disini mana mungkin org itu ada taat dan taqwa lagi.

13 – Meninggalkan solat adalah satu kezaliman yg sangat besar. Nabi SAW bersabda maksudnya “Kedudukan solat dalam agama adalah umpama kedudukan kepala pada badan”. Jadi ada pernah kita lihat orang yg hidup tanpa kepala? Orang yang hidup pasti ada kepala dan jika tiada kepala orang tersebut telah mati. Begitu juga dengan Islam. Satu orang yang mengaku Islam wajib tunaikan solat. Seorang yang tidak solat tidak layak dipanggil sebagai orang Islam.

14 – Dizaman Nabi SAW orang munafik pun tidak berani untuk tinggalkan solat. Malah mereka turut solat berjemaah. Pada hari ini, berapa ramai org yg berpewatakan Islam tapi tinggalkan solat dengan sengaja. Apa usaha kita?

15 – Sebab itulah pentingnya usaha atas agama yang dipanggil usaha dakwah untuk mengusahakan bagaimana iman sentiasa diusahakan. Orang yang buat usaha dakwah imannya akan terpelihara. Oleh itu usaha ini sepatutnya dibuat oleh semua orang Islam keseluruhannya. Bukan usaha pihak tertentu sahaja.

16 – Orang yang buat usaha atas agama / pendakwah di gelar Daie. Daie seorang berhati lembut dan penyayang. Seorang yg mempunyai sifat pendendam tidak layak digelar daie. Jika semua orang Islam telah jadi daie, maka tidak ada lagi orang yang akan benci dengan Islam dan kedudukan Islam akan dipandang tinggi dan mulia.

17 – Doa adalah senjata org mukmin. Yakinlah dengan doa akan selesaikan apa jua masalah. Tp ianya hadir apabila iman yakin betul ada dalam hati manusia. Satu org yg masih mempunyai yakin selain Allah dalam hati tidak akan mempunyai kekuatan doa.

18 – Satu ketika, Raja Rom pada zaman sahabat r.hum telah bertanya kepada pembesarnya. Sahabat Nabi SAW kalau lihat pada kehidupan mereka tidaklah sesempurna mana. Makan pakai mereka tidak sempurna tapi mampu jadi manusia yg sangat hebat. Setelah disiasat akhirnya mereka dapati sahabat ini hebat kerana pada waktu siang mereka, mereka telah pergi mengajak manusia utk membesarkan Allah dan pada waktu malam mereka bagaikan bayi menangis sujud kepada Allah. Dan akhirnya Raja Rom berkata jika beginilah tidak guna utk melawan mereka kerana dibelakang mereka ada tuhan mereka.

19 – Paderi Raja Roe telah syorkan 2 perkara jika dimasukkan diri para Sahabat r.hum maka mereka akan jadi lemah dan tuhan mereka (Allah) tidak akan bersama mereka. 1. Ajak mereka berzina 2. Makan makanan haram. Raja Rom telah arahkan untuk mengumpulkan seluruh wanita cantik dan berhantar bertujuan untuk goda sahabat-sahabat Nabi SAW. Wanita tersebut datang kepada sahabat Nabi SAW dalam keadaan bogel dan bersama mereka ada emas dan perak. Namun kerana iman yang sempurna telah ada dalam diri sahabat, godaan yang dilemparkan oleh wanita tadi telah ditolak dan wanita tersebut berasa sangat terhina.

20 – Mereka diejek oleh wanita tersebut. Adakah kamu ini pondan? Sahabat berkata kami bukan pondan. Tetapi Tuhan kami (Allah) dan Nabi kami telah melarang kami dari melakukan perkara haram. 

21 – Tetapi apakah yg telah berlaku pada hari ini? Org Islam sendiri mencari wanita utk buat perkara haram. Malah telah makan makanan haram tanpa ragu2. Bagaimana bantuan Allah hendak dtg pada kita? Bagaimana doa2 kita hendak dimakbulkan. Akhirnya usaha atas agama ditinggalkan dan semangat utk amal sunnah Nabi telah hilang.

22 – Hari ini org Islam tidak fikir atas iman mereka, telah langgar perintah Allah, telah tinggalkan sunnah Nabi, maka kebathilan telah masuk dan bersarang dalam diri dan rumah2 org Islam. 

23 – Orang bathil (musuh Islam) telah wujudkan perkara2 baru utk jauhkan org Islam dari amal sunnah. Kerana mereka tahu dibelakang sunnah ada bantuan Allah. 

24 – Untuk itu umat pada hari ini sangat perlu utk buat usaha atas agama dan kembali amalkan seluruh sunnah2 Baginda SAW.kk

25 – Lihat pada diri kita sendiri. Jika fizikal kita pun tiada seperti cara Nabi SAW maka kita dalam keadaan yg bahaya. Maka solat kita pun tidak akan seperti solatnya Nabi. Makan minum kita tidak seperti makan minum Nabi dan seluruh perlakuan kita tidak seperti perlakuan Nabi. Maka dengan mudah bathil akan mengusai kita dan kita akan semakin jauh dari perintah Allah.

26 – Jika iman tiada dalam hati, selain Allah akan jadi besar pada kita. Duit akan jadi besar, pangkat akan jadi besar, kuasa akan jadi besar. Tp jika iman yg betul ada dalam hati semua perkara tersebut kita akan lihat tak lebih dari sebelah sayap nyamuk besarnya. 

27 – Oleh yang demikian, usaha agama adalah sangat penting demi untuk mengusahakan iman yang ada dalam diri. Orang yang ada iman akan yakin pada kalimah Laa ila haa illallah 100%, cinta pada sunnah Nabi SAW, akan jaga solat wajib dan sunat, akan menuntut ilmu, akan menjaga zikir, akan menjaga hubungan sesama manusia, akan buat amalan dengan ikhlas dan akan menggunakan masa dan harta dijalan yang betul.

28 – Marilah kita berdoa dengan penuh tawajjuh agar Allah pilih kita untuk kerja yang sangat besar ini dan jadikan kerja ini maksud hidup kita.

Posted in Agama | 2 Comments

Merokok adalah HARAM

rokokharam

 

Assalamualaikum WBT,

Ramai yang tak suka baca tajuk diatas. Suka atau tidak, fatwa telah dibuat. Jangan ambil fatwa ikut apa yang sesuai dengan nafsu kita. Yang tak sesuai kita taknak pakai. Moga Allah bagi kita semua taufik dan hidayah.

Tarikh Keputusan:

25 Oct, 1995

Keputusan:

(1) Merokok adalah haram

(2) Oleh yang demikian , adalah haram bagi mana-mana orang Islam menghisap apa -apa jenis rokok.

(3) Bagi maksud faiwa ini , ‘ rokok ‘ ialah tembakau yang digulung dengan kertas atau daun nipah atau selainnya.

Nombor Rujukan:

JAI.Sel 8014/7 Jilid IV;P.U.Se

Akta/Enakmen:

Sel. P.U. 51.

Keterangan/Hujah: 

i. Merokok merupakan perbuatan ke arah pembaziran wang sedangkan membazir adalah saudara Syaitan, Firman Allah Subhanahu wa Taala dalam Surah Al-Israa” ayat 27:Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya.

ii. Allah S.W.T. melarang seseorang mukmin membunuh atau mencampakkan dirinya ke arah kebinasaan. Tabiat merokok adalah tergolong dalam kancah ini. Firman Allah Taala dalam Surah Al-Baqarah ayat 195:

Maksudnya: Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baiklah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihani orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

iii. Allah S.W.T. hanya menghalalkan benda-benda yang baik dan mengharamkan benda-benda yang kotor dan keji. Rokok termasuk dalam kategori tersebut. Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al A”raaf ayat 157:

Maksudnya: Ia menyuruh mereka dalam perkara-perkara yang baik dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara keji dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang buruk dan ia juga menghapuskan dari mereka beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka.

iv. Rokok (tembakau) menyebabkan fikiran menjadi lesu, kerana bahan-bahan bahaya seperti Narkotin, Candu Tar, Karbon Monoksida serta Sebatian Pridine Methly Alkohol. Rasulullah s.a.w. melarang terhadap sesuatu yang boleh memabukkan, bahkan melesukan fikiran sebagaimana tegahan Baginda dalam sebuah Hadis yang diberikan dari Ummi Salamah r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Telah menegah Rasulullah s.a.w. daripada tiap-tiap perkara memabukkan dan melesukan fikiran”. (Hadis riwayat al-Imam Ahmad dan Abu Daud)

v. Merokok mengeluarkan bau yang busuk sehingga boleh mengganggu orang lain yang duduk berdekatan apa lagi para Malaikat.

Sabda Baginda s.a.w.:

“Sesiapa yang menyakiti muslim maka sesungguhnya ia menyakiti akan daku dan sesiapa menyakiti akan daku maka sesungguhnya ia menyakiti Allah”. (Hadis riwayat at-Thabrani)

vi. Islam amat mementingkan kesihatan yang sempurna dan bersih dalam segala hal. Ini kerana kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman, sebaliknya perokok itu adalah seorang pengotor.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Kebersihan itu adalah sebahagian daripada Iman”

Tabiat Merokok bukan sahaja mempunyai kaitan dengan aspek kesihatan, ekonomi dan social, malahan ia juga melibatkan sudut keagamaan dan hukum. Sebenarnya tabiat atau gejala merokok di kalangan umat Islam kini bukan dibenarkan di dalam Islam. Islam telah menegah malah mengharamkan tabiat merokok di kalangan umat-umatnya. Ini menunjukkan bahawa perihal halal telah jelas dan perkara haram telahpun dijelaskan dengan setepat-tepatnya. Hanya yang benar-benar beriman sahaja yang lebih maklum dan dapat membezakan di antara yang baik dan yang buruk, di antara yang halal dan haram.

Menurut suatu sumber, rokok digunakan dalam satu upacara keagamaan oleh pendeta-pendeta kaum Maya di Mexico, sebelum masehi lagi. Sebahagian ahli sejarah mengatakan bahawa rokok itu mula dikenali di negara Yahudi (musuh Allah dan Rasul) Di sanalah rokok diperkembangkan ke negara-negara jiran dan lain kawasan di dunia untuk melemahkan manusia-manusia sihat khususnya penganut-penganut Islam yang bersih.

Pendapat lain mengatakan, Orang-orang Kristian dan Eropah memperkembangkan rokok ke negara-negara jajahannya untuk menindas negara itu dari segi ekonomi, fizikal dan mental sesudah bahan itu dibawa dari Amerika berikutan penemuan itu pada 1492 masehi oleh seorang Putera Itali iaitu Christopher Colombus (1451 – 1506).

 

Posted in Agama | Leave a comment