Banduan tawar habuan seks pada warden penjara

Assalamualaikum WBT,

Sangat mengejutkan pendedahan yang dibuat sendiri oleh seorang bekas banduan tentang kegiatan pengedaran dadah didalam penjara. Bukan setakat wang ringgit, malah khidmat seks turut dijadikan habuan buat warden yang berjaya membekalkan kepada mereka dadah bagi melepaskan gian.

Saya sendiri pernah masuk ke dalam kawasan penjara untuk tujuan lawatan tapak bagi melaksanakan kerja-kerja membaikpulih dan penyelenggaraan. Bukan setakat diluar, malah sehingga ke dalam sel. Satu pengalaman yang cukup menginsafkan. Sebelum dibenarkan masuk satu kawalan ketat dipintu masuk dikenakan kepada semua orang yang ingin masuk ke dalam kawasan penjara. Poket akan diminta untuk dikosongkan dan tiada apa pun yang ditinggalkan termasuklah wallet dan segala bentuk alat komunikasi. Semuanya ditinggalkan dalam peti berkunci. Sebelum masuk, saya diperiksa badan pula dipintu besi sebelum dilepaskan dengan kawalan oleh warden bertugas untuk melihat ke dalam kawasan penjara.

Penjara salah satu medium untuk mendidik penjenayah yang telah melakukan pelbagai kesalahan. Bagi penjenayah yang menghisap dadah, tinggal dipenjara sepatutnya merupakan satu azab buat mereka dan juga sebagai satu cara untuk menghilangkan ketagihan mereka. Tetapi, jika mereka masih boleh memperoleh dadah dengan mudah, matlamat untuk memenjarakan mereka tidak akan tercapai malah, mereka akan berasa tidak kisah untuk tinggal lama di dalam penjara atau pun mereka tidak takut untuk melakukan kesalahan sama setelah keluar dari penjara.

Justeru itu, satu penyiasatan terperinci perlu dilakukan bagi menghadapkan pesalah tersebut (warden) ke muka pengadilan dan menghukum mereka dengan satu bentuk hukuman yang sangat berat. Merekalah pengkhianat negara yang sebenarnya. Namun saya yakin bilangan mereka adalah sangat kecil dan sebab itulah kegiatan mereka ini tidak disedari sehinggalah didedahkan sendiri oleh bekas banduan yang terlibat. Kawalan ketat dipintu masuk penjara turut sama perlu dikenakan ke atas setiap warden yang ingin bertugas didalam kawasan penjara dan satu kaedah yang lebih canggih perlu diusahakan oleh kerajaan dalam masa yang terdekat.

Tidak hairanlah jika rutin penagih dadah keluar dan masuk ke dalam penjara jika perkara sebegini terus berlaku kerana mereka akan rasa lebih selamat melakukannya apabila berada di dalam penjara.

This entry was posted in Pendedahan. Bookmark the permalink.

5 Responses to Banduan tawar habuan seks pada warden penjara

  1. titan says:

    macam ni pun ada? patutlah penjara ramai yang nak masuk.
    titan recently posted..Piala AFC bukan milik Ainan Tasneem..My Profile

  2. Nona Ayang says:

    Tak sah klu x makan duit haram.
    Soh kerajaan buat canggih2 pun diorg tu pun sama je. Klu x mana dtgnya keuntungan diorg nak bagi mkn org2 dlm penjara tu. DUNIAWI.

  3. lelaki curiga says:

    betul ke warden perempuan boleh periksa kemaluan banduan lelaki untuk pastikan mereka tidak bertayam?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge