Bukit Changgang pula dilanda banjir

Assalamualaikum WBT,

Keadaan banjir di Dengkil pada ketika saya menulis ini sudah semakin baik. Namun sebaliknya di kampung jiran Bukit Changgang. Banjir semakin naik dan antara kampung yang paling terjejas ialah Kampung RTB Bukit Changgang.

Sekolah Kebangsaan terpaksa ditutup untuk menempatkan mangsa banjir manakala Sekolah Rendah Agama ditutup kerana dinaiki air. Hampir 85 peratus rumah di kampung tersebut terjejas dan banyak kenderaan yang terperangkap.

Tindakan cekap dari wakil rakyat dan agensi-agensi berkaitan serta NGO harus dipuji kerana banyak bantuan yang tiba tepat pada waktunya.

Jalan masuk utama ke RTB Bukit Changgang, Banting.

This entry was posted in Tragedi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge