Chai jadi rujukan untuk pemilihan UMNO

pemilihanumno

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah selesai sudah pemilihan UMNO sessi 2013-2016(atau lebih lagi) bagi sayap-sayap UMNO Malaysia. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia seperti dijangka kemenangan mudah untuk penyandangnya yang kini telah pun bergelar Menteri. Namun begitu jawatan no.2 untuk Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia masih lagi menjadi teka teki dan hanya dapat diumumkan selepas hari raya haji.

Tertarik dengan ulasan RBF Online mengenai ‘chai’ ataupun senarai nama/nombor calon yang perlu dipilih oleh perwakilan semasa mengundi. Umpama menjawab peperiksaan dengan terus menjawab kepada jawapan yang telah disediakan. Dan lebih mudah jika chai tersebut telah siap tersedia dan bukannya hasil ulangkaji perwakilan yang datang untuk mengundi.

‘Chai’ yang kami terima di Sepang, memilih YB Khairy Jamaluddin untuk Ketua Pemuda dan Iruan Zulkefli untuk Naib Ketua Pemuda. Walaupun begitu saya tidak mengikut chai sedia ada bagi jawatan no.2 kerana saya sendiri tidak mengenali beliau. Persoalannya, bagaimana chai ini boleh wujud dan 90% perwakilan yang hadir hanya mengikut bulat-bulat apa yang tertera didalam chai walaupun tiada arahan yang khusus mengenainya.

Antara yang saya boleh rumuskan ialah :-

  1. Perwakilan tidak mengenali calon-calon yang bertanding walaupun ada buku senarai calon yg bertanding disediakan.
  2. 80% perwakilan mengikut arahan KP masing-masing.
  3. Perwakilan tidak ingin mengambil tahu siapa calon yang bertanding.
  4. Calon-calon bertanding tidak turun ke bahagian untuk memperkenalkan diri

Pada 19hb ini, tidak mustahil akan berlaku perkara yang sama dan menjadi harapan agar jawatan tertinggi dalam parti ini, kebijaksanaan perwakilan menjadi penentunya. Siapkan ‘chai’ masing-masing bermula sekarang. Untuk calon Naib Presiden saya memilih Shafie Afdal, Zahid Hamidi dan Ali Rustam.

 

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge