Dalang kertas UPSR bocor dikenal pasti.

upsr

 

Assalamualaikum WBT,

Hari ini 15/9/2014 sepatutnya anak saya yang berada di darjah 6 sudah boleh fokus kepada satu lagi peperiksaaan selepas tamatnya UPSR pada 11/9/2014. Walaupun sekolah bercuti namun pagi lagi dia sudah keluar untuk ke Sekolah Rendah Agama Dato Ahmad Razali kerana ada kelas tambahan untuk menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Agama (PSRA) yang dijadual dari 22/9 hingga 26/9.

Dan seharusnya ingatan terhadap UPSR sudah luput. Namun, kecuaian pihak berkenaan telah mengakibatkan kertas soalan kertas Sains & Bahasa Inggeris bocor dan kedua mata pelajaran tersebut terpaksa diambil semula pada 30/9/2014.

Walaupun saban tahun kita mendengar berkenaan perkara ini, namun kekecohan yang teramat sangat pada tahun ini ialah tidak lain dan tidak bukan berpunca dari kemudahan komunikasi yang semakin canggih. Kalau dulu bocor takde la kecoh sangat sampai pihak Lembaga Peperiksaan terpaksa mengulang semula, tapi setelah melihat bukti-bukti yang diedarkan melalui ‘smartphone’ ianya terpaksa ditarik semula.

Terfikir sejenak, ada mungkin benar dakwaan bahawa setiap tahun soalan bocor. Cuma tidak terlalu kecoh kerana dulu takde whatsapp, wechat mahupun telegram. Apa tujuan mereka bocorkan soalan sedangkan inilah kali pertama dalam hidup anak-anak ini menghadapi satu peperiksaan besar. Bagaimana dengan peperiksaan2 besar yang mereka akan hadapi seterusnya nanti? Perlukah masih berharap ada soalan bocor yang akan diterima?

Sebab itu pada padangan saya dalang yang membocorkan soalan UPSR ini bertujuan untuk menjaga nama baiknya dan sekolah tetapi merosakkan masa depan anak-anak muridnya sendiri. Masakan tidak, setelah keputusan UPSR dicapai, mereka akan berbangga dan tersengih bagai kerang busuk melihat ramainya anak murid mereka mendapat keputusan cemerlang akan tetapi keputusan cemerlang itu tidak kemana sebenarnya. Oleh itu, saya telah mengenal pasti siapa dalang yang membocorkannya. Mereka ini ialah orang yang terdesak kerana ingin menjaga prestasi dengan cara yang kotor.

Sebagai bapa, saya juga tidak bangga jika anak saya mendapat 5A jika dia juga telah mengetahui awal soalan yang akan keluar. Bukanlah peperiksaan namanya. Saya juga sangat berharap agar pihak Kementerian dapat memastikan perkara seperti ini tidak berulang dan pastikan SOP dari mula kertas soalan ingin dibuat sehingga sampai ke tangan murid dalam dewan peperiksaan disemak setiap tahun agar tiada lagi kebocoran.

This entry was posted in Pendedahan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge