Eeeeyyy.. Gelinya.

Assalamualaikum WBT,

Siapa yang tidak kenal dengan aiskrim dalam gambar diatas adalah seperti katak bawah tempurung rasanya. Semua orang kenal dan boleh dikatakan semua orang pernah menikmatinya. Tapi sejak aku mendengar cerita bagaimana kotornya cara penyediaan aiskrim tersebut dan yang menjual pun tidak menitikberatkan kebersihan terus sahaja aku melarang anak-anak aku membelinya. Jika nak makan aiskrim yang dijual oleh penjual aiskrim bermotosikal, beli sahaja yang berbungkus seperti cornetto dan lain-lain.

Kisah diceritakan oleh bapa saudara yang nampak dengan matanya sendiri bagaimana si penjual aiskrim yang dengan selamba berhenti buang air kecil dicelah-celah pokok dan tanpa membasuhnya kemudian terus memegang kon aiskrim tersebut untuk dijual pada kanak-kanak. Bayangkan la ye…. Eeeeyyy..Gelinya. Hehehehe.

Cara pembuatan aiskrim pun kita tak lagi bagaimana. Aiskrim yang berjenama dan dibungkus dengan kemas serta mempunyai pengesahan halal tak perlu kita ragu-ragu untuk menikmatinya. Kerana saya percaya semua orang gemar makan aiskrim dan ada yang obses dengan aiskrim. Namun, sanggup lagi ke nak makan ais krim dalam gambar seperti diatas? Sejak saya mendengar cerita mengenainya nak beli di restoran makanan segera yang ada nama pun saya tak lalu. Kalau anda masih berselera dengan penjual yang bawa motosikal tu, silakanlah. Takde siapa melarangnya. 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

13 Responses to Eeeeyyy.. Gelinya.

  1. Pergh…. nasib baik aku jarang makan aiskrim..huhu

  2. AzMask says:

    eeee… gelinya.. Tu belum lagi eskrim roti.. habis satu roti kena pegang sebelum nak sapukan eskrim.

    skang yang jual eskrim bermotor pun dah ramai indon + bangla… yekkk

  3. kpah k-poh says:

    nasib baik akak suka makan aiskerim mahal..heeee,…mmg dr dulu meragui kebersihan..pastu org yg menjual tu pun..entah bangsa apa…

  4. Piasara says:

    “saya sokong seratus peratus…kebersihan mmg menjadi isu utama kalau sy nak membeli mknan..dulu2 kalau ank2 nak beli sy tak kisah,sampai satu hari sy tgk sendiri kuku hitam penjual tu naik geli tekak nak telan..”

  5. hamidah says:

    mmmm mmg x lalu klu tgk penjual nya yg jarang menitik berat kan kebersihan….

  6. che mat says:

    Ada ke patut penjual aiskrim tak basuh aiskrim..huhu..

  7. MicQiz says:

    saya teramat suka makan aiskrim…tapi dah lama x makan ais krim yang pakcik yang bawa motor nie…sebab mak saya kata bukan orang melayu yang jual…banyak orang asing yang jual…

  8. Aliff says:

    sama jugak kisahnya spt rakan saya yg ternampak seorg mamak keluar dari balik signboard iklan/billboard tepi jalan besar sambil membetulkan seluarnya kemudian terus ke lori rojaknya dan memotong bahan2 rojak tanpa sempat membasuh tangan.. barulah saya terfikir sejenak, ye tak ye jugak, kalau dah berniaga tepi jalan besar dr pagi hingga lewat ptg, kat mana nak cari tempat buang air, dan paling penting, di mana dia nak mendirikan solat..??

  9. BLADE EDGE says:

    eeiii…geli btul!! weekkk!!

  10. kili says:

    Tidak juga, saya ada jumpa mereka yg memang pembersih. Sampai waktu terus solat 😀

    Artikel sprt ini boleh menjatuhkan industri ais krim (periuk nasik dia org) sebenarnya.

  11. azwandengkil says:

    Kili : Betul, bukan semuanya begitu. Dan tujuan saya menulis bukan nak sekat rezeki mereka. Malah sehingga kini saya akan menjerit memanggil motor ais krim yg lalu depan rumah kerana ingin membeli ais krim yg dijual. Dan yang pasti bukan ais krim seperti dalam gambar diatas. Lagipun, isi kandungan ais krim tersebut tidak diketahui dari mana sumber pembuatannya.

  12. belogkiter says:

    Bagus artikel macam ni. bukan nak menjatuhkan sesiapa. tapi inilah power of consumer. Dan yang paling penting agar dijadikan tauladan kepada semua peniaga. selagi kita menyokong selagi itulah mereka takkan berubah.

  13. ZJ Shop says:

    Dengan sebab itu saya dan isteri meganbil langkah untuk menghasilkan asikrim mengikut tatacara yang sepatutnya, aiskrim kami yang berjenama ZJ Ice Cream mudah2an dapat menjadi alternatif kepada mereka yang gemar sangat makan aiskrim tapi masih ragu2.

    Buat masa sekarang pasaran hanya sekitar Pasir Gudang, Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge