Ikan Bakar Dengkil

Assalamualaikum WBT,

Banyak carian ‘Ikan Bakar Dengkil’ ataupun ‘Seafood Dengkil’ mendarat masuk ke blog saya dan terus ke catatan  ini. Untuk makluman, restoran itu telah lama ditutup dan digantikan dengan Restoran Nasi Kandar 24 jam. Kini (tak kini sangat pun sbb dah lama bukak), sebuah Restoran yang menghidangkan ikan bakar terbaik untuk anda telah dibuka di Dengkil.

Waktu operasi restoran ini adalah dari jam 6.00 petang – 12.00 tghmalam setiap hari kecuali hari Selasa. Dengan suasana kampung dan ruangan letak kereta yang agak luas, membuatkan pada setiap hari gaji restoran ini akan dipenuhi pelanggan dan kebanyakkannya adalah ‘returning visitor’.

Walaupun tidak menghidangkan ikan segar seperti Bagan Lalang ataupun Umbai, ikan yang masih elok serta dibakar dengan ramuan rempah dari utara menjadikan rasa ikan bakar disini sedap dan pelanggan yang pernah berkunjung kesini tidak serik untuk datang lagi dan lagi.

Antara hidangan istimewa selain ikan bakar, restoran ini turut menghidangkan Nasi Goreng Arab, Nasi Goreng Menangis, Air Sirap Bandung Selasih Ku Sayang, Kerang Bakar dan lain-lain lagi.

Bukan ikan bakar sahaja, disini anda juga boleh menikmati Char Kuey Teow yang saya boleh gerenti kesedapannya. Dan pasti semua akan tertanya-tanya tentang harganya. Harga yang ditawarkan agak berpatutan dan sejak restoran ini dibuka, saya sudah jarang untuk mencari kedai makan ditempat lain.

Lokasi adalah berhampiran dengan Putrajaya (7 minit perjalanan dari PICC) dan jika anda belum lagi datang mencuba ikan bakar disini, saya sangat mengesyorkannya agar anda dapat hadir bersama seisi keluarga. Pelan lokasi boleh anda akses disini.

Terbaru, car wash juga telah dibuka sepanjang tempoh restoran ini beroperasi.

 

This entry was posted in Iklan, Santai. Bookmark the permalink.

2 Responses to Ikan Bakar Dengkil

  1. Abdul Rahman says:

    Saya baru balik dari tempat ikan bakar ini. Saya tak recommend pada orang lain. Perkhidmatan tak bagus. Lambat. Tempahan saya diberi kepada orang lain. Tak mengaku salah sendiri. Salah kan pelanggan. Menyesal pergi

    • azwandengkil says:

      Lupa saya nak update. Kedai tersebut telah berpindah ke lokasi baru di Dengkil Center Point. Yg ada sekarang owner baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge