Ikan Patin Masak Tempoyak Pak Usop

Assalamualaikum WBT,

Akhirnya hasrat yang ku zahirkan sejak 30 April 2011 dapat juga dipenuhi pada hari Isnin lepas (6/2/2012). Mak ai. Lamanya. Dekat setahun baru dapat nak makan ikan patin Temerloh. Sibuk bebenor gamaknya ye.

Takde la plan sangat sebenarnya. Kebetulan pada hari itu cuti, ditambah pula tiada aktiviti terus saja start kereta dari rumah 8.30 pagi, singgah sarapan di Shell Taman Melati Gombak seterusnya memandu santai di highway Karak – LPT dan keluar di persimpangan Temerloh pada pukul 10.55 pagi. Dekat aje rupanya Temerloh ni.

Boleh dikatakan dah berpuluh kali lalu di Temerloh ni. Tapi tak pernah singgah pun. Namun, selepas ini, jika melalui Temerloh pasti akan singgah untuk ke Gerai Makan Pak Usop kerana ikan patin masak tempoyaknya telah menambat hatiku.

Tu dia.. Periuk pertama tepat jam 11.40 dah masak. Tokey kedai bukak je tudung periuk automatik semua yang dah sedia menunggu terus beratur. Dalam masa setengah jam periuk yang penuh dah surut dan cukup 45 minit. Licin dah satu periuk. Itulah dia penangan Ikan Patin Masak Tempoyak Gerai Pak Usop yang terletak di Gerai MPT Lurah Semantan Temerloh. No wonderlah Majalah 3 pun datang buat liputan disini. Malah Dato Siti Nurhaliza pun pernah jejak kasi kat medan selera ni nak pekena ikan patin Pak Usop ni.
Deretan gerai lain sebaris Gerai Pak Usop ni turut ada menyediakan patin masak tempoyak. Tapi Gerai Pak Usop jualah yang jadi tumpuan dan penuh dengan orang ramai yang sanggup datang ke Temerloh hanya untuk makan ikan patin seperti saya. 
Kalau tengok tips yang ditinggalkan di foursquare, ada yang mengatakan “One of da best gulai tempoyak ikan patin in da world!!!” . Bagi saya yang dah banyak makan ikan patin masak tempoyak, Gerai Pak Usop ni memang superb la setakat ni. Kalau ada yg lagi superb tolong bagitau ye.
Jadi, jika anda penggemar ikan sungai pastikan anda mengunjungi Gerai Makan Pak Usop di Temerloh. Walaupun harga sepotong ikan RM10, tapi anda pasti berpuashati dan berbaloi dengannya. Selamat menjamu selera.
This entry was posted in Santai. Bookmark the permalink.

4 Responses to Ikan Patin Masak Tempoyak Pak Usop

  1. ishy77 says:

    mahalnye sepotong rm10?? pure sungai ke or sangkar punya…kalau sangkar je untung la tuan kedai.. huhu..xtau pulak kedai ni femes..haha..nnt blik kg kena try sekali..tq tuan punya blog :))

  2. Anonymous says:

    Salam,

    Tang mana kedai ni, exit kat temerloh ke
    pernah g temerluh, tapi x pernah pekena tang tu.

    Tkasih.

    Saidi

  3. Anonymous says:

    dah rasa..tapi gulai asam tempoyak mak masak lg besh..ala2 kolepih punya stail. (walaupun saya dah beranak 4, masih tak blh celen stail masakan mak)

  4. Anonymous says:

    Cubalah kedai abang atau kedai sebelah dia (plg hujung) kat R&R bukit angin, jauh berganda2 sedap dari yang kau dah try ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge