Assalamualaikum WBT,
Gambar diatas saya tweet pada jam 1.08 pm kira-kira beberapa minit selepas kejadian jambatan tersebut runtuh. Lihat DISINI. Gambar tersebut terus banyak digunakan di laman-laman FB dan menerima lebih 400 retweet. Dah macam retis pun ada jugak hari ni sebab banyak yang bertanya itu dan ini. Siapa yang dah tengok berita TV3 tadi maklumatnya adalah tepat.
Banyak maklumat kurang tepat yang dikeluarkan dan malangnya ada sesetengah laman FB mewakil media juga mengeluarkan maklumat yang tidak tepat. Untuk makluman jambatan yang runtuh tersebut sudah dibuka kepada semua kenderaan sebelum ini bukannya sedang dalam pembinaan dan hanya ditutup untuk laluan beberapa bulan yang lepas.
Saya juga agak kesal apabila ada maklumat dari media yang mengwar-warkan agar menggunakan laluan alternatif untuk ke Putrajaya bagi kenderaan yang datang dari lebuhraya Elite. Untuk apa? Sedangkan laluan tersebut memang sudah sedia dilencongkan sejak ianya ditutup beberapa bulan lepas. Sila lihat pelan dibawah.
Teruskan sahaja laluan biasa anda untuk menuju ke Putrajaya. Jika anda menggunakan lebuhraya Elite terus sahaja keluar di tol Putrajaya/Cyberajaya. Jika ingin menuju ke lebuhraya Elite boleh juga keluar di plaza tol tersebut. Lencongan jalan memang telah sedia dibuat sebelum jambatan tersebut runtuh.
|
|
|

