Jangan Melintas Dihadapan Orang Yang Sedang Bersolat

Salam..

Agak lama nak berbicara tentang hal ini. Dan rasa nak menulis ni agak memuncak semalam bila aku solat zohor kat surau Mid Valley semalam. Sudah menjadi lumrah agaknya dalam masyarakat kita ni suka sangat solat disaf-saf belakang. Dalam pemerhatian aku sebab diorang ni suka sangat duduk saf belakang ni pasal diorang takut jadi imam. Bila solat kat saf depan nanti orang tepuk dah kena jadi imam. Ini lah puncanya. Jalan penyelesaiannya, jangan lah solat sorang2. Kalau rasa takut nak jadi imam, suruh orang lain jadi imam. Rugi solat sorang2 ni.

Bila dah solat kat saf belakang ni yang jadi masalah orang yang datang kemudian. Kes ni macam aku la semalam. Saf belakang tu penuh, tapi saf depan kosong. Nak ke saf kedepan terpaksa pulak melintas orang yang sedang bersolat. Teringat aku akan hadis-hadis dari Rasulullah SAW tentang ancaman orang yang melintas depan orang yang sedang solat ni.

Sekiranya seorang yang melalui di hdapan orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat) nescaya untuk berhenti menunggu empat puluh lebih baik dari lalu di hadapan orang solat ini, berkata perwai : aku tidak tahu samada Nabi menyebut EMPAT PULUH hari atau bulan atau tahun” ( Riwayat Al-Bukhari) Sohih Al-Bukhari, , no 487, 1/191

Dan sebuah lagi hadis menunjukkan besarnya dosa lalu dihadapan orang solat :-

إذا صلى أحدكم إلى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ من الناس فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بين يَدَيْهِ فَلْيَدْفَعْهُ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ فَإِنَّمَا هو شَيْطَانٌ

Ertinya : Apabila seorang kamu sedang solat dan mempunyai sutrah menghalangnya, dan jika tiba-tiba ada orang yang ingin mencerobohi hadapannya maka hendaklah ingin menegahnya, jika ia (yang ingin menyeberang) enggan berhenti, hendaklah kamu bersungguh menghalangnya kerana ia adalah Syaitan” ( Riwayat Al-Bukhari)Sohih Al-Bukhari, , no 486, 1/191

Kadang-kadang kesian tengok orang yang melintas depan orang sedang solat ni. Tapi kadang-kadang yang sedang bersolat ni pun satu hal jugak. Depan2 pintu dia bersolat. Bukan tak tau tempat orang lalu lalang. Kesimpulannya, jangan kita sesekali melintasi orang yang sedang bersolat dan pastikan kita bersolat ditempat yang kita pasti takde orang yang akan melintas.

This entry was posted in Agama. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge