Katering sabotaj majlis walimatulurus?

katering

Assalamualaikum WBT,

“Jemput duduk dulu nak. Nasi belum siap tanak lagi. Minum air dulu”.

Jam ditangan menunjukkan pukul 1.00 petang. Lauk pauk banyak terhidang. Tapi nasi sudah kehabisan.

Itulah risiko yang terpaksa ditanggung oleh tuan rumah yang menggunakan perkhidmatan katering untuk majlis walimatulurus mereka.

Jika bilangan tetamu melebihi tempahan yang dibuat dengan syarikat katering, itu adalah kesilapan tuan rumah. Apabila bilangan tetamu masih belum sampai mengikut kad yang diedarkan tetapi lauk pauk sudah habis, ini akan memeningkan tuan rumah. Lebih menyakitkan apabila nasi untuk tetamu sudah habis sedangkan lauk pauk masih banyak.

Kenapa perkara sedemikian boleh berlaku?

Adakah syarikat katering ingin mensabotaj majlis walimatulurus tersebut?

Bukan untuk menidakkan syarikat katering baru nak berjinak-jinak dalam dunia katering ini dalam menguruskan majlis walimatulurus. Tetapi bila hal-hal sedemikian berlaku yang akan malu adalah tuan rumah itu sendiri.

Bijaklah memilih syarikat katering. Jangan terlalu berkira dengan harga sehingga kualiti yang diharapkan tidak seberapa.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge