Kentut durian

Assalamualaikum WBT,

Boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia menggemari durian. Tak kira usia dari kecil hinggalah ke tua, kalau dah ‘hantu’ durian memang takkan lepaskan peluang untuk menikmatinya. Dan bermacam-macam jenis durian sekarang ni.

Di tempat lain saya tidak tahu bagaimana. Tapi di Dengkil, orang menjual durian pada ketika ini bagaikan pesta. Ramai peniaga-peniaga durian yang membuka perniagaan mereka dibahu-bahu jalan. Harga ditawarkan pun memang menarik. Ada 2 biji RM10, 3 biji RM10, malah ada yang 10 biji RM10 pun ada. Ikutlah selera masing-masing.

Tapi jika anda ingin belanja saya makan durian, pasti anda tidak akan menyesal kerana tidak akan mengeluarkan duit yang banyak. Paling kuat saya boleh makan durian 2 ulas je. Lebih dari itu saya rasa macam nak keluar balik apa yang saya makan. Dari dulu lagi mmg saya kurang menggemari durian ni. Tapi isteri dan anak-anak semuanya pantang kalau nampak durian.

Tapi kebiasaannya jika mereka teringin nak makan durian saya akan bawa terus makan disitu juga. Puas hati dan takdelah kena tipu. Kadang-kadang yang menyakitkan hati bila beli dan bawa balik durian yang boleh makan 2-3 ulas je. Yg lain ada yang busuk la, durian dah expired la (sesuai buat tempoyak) dan ada juga yang langsung tak boleh nak makan sebab keras lagi.

Pada penggemar durian, selamat makan durian dan berpada-padalah. Jangan sampai semuanya ‘naik’ nanti kerana terlalu banyak makan durian. Dan peringatan juga kepada mereka, jangan makan durian sebelum solat fardhu di masjid. Kalau sendawa masa solat buat orang sebelah tak boleh tahan woo… Dan jika kita kemana-mana atau berada dalam lif ke, jgn hairan la jika ada bau-bau durian. Sebab orang makan durian ni banyak gas yang akan dilepaskan. Hehehe.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

6 Responses to Kentut durian

  1. kpah k-poh says:

    akak memang antu durian…tapi sejak dah ada darah tinggi ni..akak makan sikit jer lah..dalam sebiji sekali makan…dulu akak makan 2 biji sekali hadap je..!!Biji yaaa..bukan ulas..hahahaa..( tunggu durian balik pulau..penang..)

  2. azwandengkil says:

    Tgk muka akak pun dah tau dah.. hehehe

  3. Koding says:

    Mari kita beramai-ramai ke pesta durian di Dengkel..

  4. Anonymous says:

    salam…. mane nak beli durian kat dengkil? area mane? TQ

  5. azwandengkil says:

    Dekat dengan Bukit Unggul Golf Club.

  6. Anonymous says:

    o ye ke…alamak… tak reti ler .. area mane tu.. klu pekan dengkil tu tau le…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge