Kepentingan Usaha Agama

Assalamualaikum WBT,

Petikan bayan di Masjid Jamek Seri Petaling 27/4/2014

1- Untuk kejayaan manusia Allah tidak memberi harta, kedudukan, kuasa, pemerintahan. Tetapi Allah bagi agama dan usaha agama.

2-  Manusia dpt lihat kejayaan hanya dalam agama ialah apabila agama itu sampai ketempat yg sepatutnya iaitu dalam diri manusia dan diamalkan mengikut cara Nabi Muhammad SAW. Bukan di tv, papan iklan, surat khabar dan lain-lain.

3 – Peluru satu senjata yg hebat. Boleh bunuh singa, harimau, gajah, manusia dan lain-lain dengan izin Allah. Satu orangg manusia telah dapat sebutir peluru. Kemudian dia baling peluru tersebut pada seekor kucing. Tapi kucing tersebut tak mati. Dia persoalkan kenapa peluru ini tak oleh bunuh kucing pun sedangkan orang kata peluru boleh bunuh singa, gajah dan lain-lain yang lagi besar dari kucing. Ini ialah kerana manusia tadi telah gunakan peluru ditempat yg salah. Peluru sepatutnya di letak pada laras pistol / senapang dan kesan peluru tadi akan kelihatan. 

4 – Begitulah agama ini jika diletak ditempat yang betul ianya akan beri kesan yg sangat besar. Dan agama yg betul terletak dalam amalan yg ditunjuk oleh Nabi SAW. Satu org manusia yg amal agama dengan cara bertepatan dengan cara Nabi SAW ianya akan mendatangkan kesan.

5 – Segala harta, pangkat dan kuasa didunia ini sedikit pun tiada nilai. Yg paling bernilai ialah kalimah tauhid dan sunnah Nabi SAW.

6 – Segala kerajaan yg besar pada ketika ini tidak mampu utk membelah bulan. Tapi dengan hanya amalan, Nabi SAW mampu membelah bulan.

7 – Pada zaman Hazrat Umar r.a telah berlaku gempa bumi. Hazrat Umar bercakap dgn bumi tersebut adakah Sahabat Nabi SAW masih hidup ketika ini gempa bumi boleh berlaku? Dgn serta merta bumi terus berhenti dari gempa. Tapi adakah pada ketika ini ada satu negara yang mempunyai teknologi yang mampu utk menghalang gempa bumi dari berlaku? Untuk cegah kemurkaan Allah SWT bukan dengan teknologi. Tetapi dengan amal. Amal yang betul ialah seperti yang Nabi SAW telah tunjuk. 

8 – Kekuatan agama berpaksi pada iman yang kuat ada dlm diri sahabat. Ini berlaku kerana mereka telah usaha atas iman selama 13 tahun di Mekah sebelum datangnya perintah solat, puasa, zakat dan lain-lain. Mereka telah buat usaha utk keluarkan ghairullah (selain Allah) dalam hati mereka. Dalam hati mereka hanya ada Allah dan iman mereka sangat mantap.

9 – Hari ini manusia berbangga dgn mengatakan dia seorang Islam. Tapi adakah iman telah ada dalam diri mereka? 

10 – Sahabat r.hum usaha selama 13 utk bentuk iman yakin dan guru mereka ketika itu ialah Nabi SAW. Guru yg terbaik dan tidak ada guru lain yg boleh menandingi Baginda SAW sampai hari kiamat. Dan sahabat r.hum ialah sebaik2 murid dan tidak ada murid yg lebih baik dari mereka selepas itu. Tapi tempoh 13 tahun diperlukan utk bentuk iman yakin mereka. Tapi bagaimana keadaan kita. Kita rasa berpuashati dengan iman kita bila kita sudah tunaikan rukun-rukun Islam. Tapi adakah cukup setakat itu?

11 – Apabila iman yang sempurna telah ada dalam hati manusia, maka akan datang 2 sifat. Sifat yang pertama TAAT – Orang yang taat akan sentiasa mencari-cari  apa juga perintah Allah utk ditaati. Sifat yang kedua TAQWA – orang yang taqwa takkan sanggup untuk lakukan langgar larangan Allah SWT. Bagi mereka segala larangan Allah adalah besar dan tidak patut untuk dilanggar.

 

12 – Dalam quran ada 700 ayat perintah Allah tentang tunaikan solat. Bila satu orang tinggalkan solat maka dia telah melanggar 700 perintah Allah. Disini mana mungkin org itu ada taat dan taqwa lagi.

13 – Meninggalkan solat adalah satu kezaliman yg sangat besar. Nabi SAW bersabda maksudnya “Kedudukan solat dalam agama adalah umpama kedudukan kepala pada badan”. Jadi ada pernah kita lihat orang yg hidup tanpa kepala? Orang yang hidup pasti ada kepala dan jika tiada kepala orang tersebut telah mati. Begitu juga dengan Islam. Satu orang yang mengaku Islam wajib tunaikan solat. Seorang yang tidak solat tidak layak dipanggil sebagai orang Islam.

14 – Dizaman Nabi SAW orang munafik pun tidak berani untuk tinggalkan solat. Malah mereka turut solat berjemaah. Pada hari ini, berapa ramai org yg berpewatakan Islam tapi tinggalkan solat dengan sengaja. Apa usaha kita?

15 – Sebab itulah pentingnya usaha atas agama yang dipanggil usaha dakwah untuk mengusahakan bagaimana iman sentiasa diusahakan. Orang yang buat usaha dakwah imannya akan terpelihara. Oleh itu usaha ini sepatutnya dibuat oleh semua orang Islam keseluruhannya. Bukan usaha pihak tertentu sahaja.

16 – Orang yang buat usaha atas agama / pendakwah di gelar Daie. Daie seorang berhati lembut dan penyayang. Seorang yg mempunyai sifat pendendam tidak layak digelar daie. Jika semua orang Islam telah jadi daie, maka tidak ada lagi orang yang akan benci dengan Islam dan kedudukan Islam akan dipandang tinggi dan mulia.

17 – Doa adalah senjata org mukmin. Yakinlah dengan doa akan selesaikan apa jua masalah. Tp ianya hadir apabila iman yakin betul ada dalam hati manusia. Satu org yg masih mempunyai yakin selain Allah dalam hati tidak akan mempunyai kekuatan doa.

18 – Satu ketika, Raja Rom pada zaman sahabat r.hum telah bertanya kepada pembesarnya. Sahabat Nabi SAW kalau lihat pada kehidupan mereka tidaklah sesempurna mana. Makan pakai mereka tidak sempurna tapi mampu jadi manusia yg sangat hebat. Setelah disiasat akhirnya mereka dapati sahabat ini hebat kerana pada waktu siang mereka, mereka telah pergi mengajak manusia utk membesarkan Allah dan pada waktu malam mereka bagaikan bayi menangis sujud kepada Allah. Dan akhirnya Raja Rom berkata jika beginilah tidak guna utk melawan mereka kerana dibelakang mereka ada tuhan mereka.

19 – Paderi Raja Roe telah syorkan 2 perkara jika dimasukkan diri para Sahabat r.hum maka mereka akan jadi lemah dan tuhan mereka (Allah) tidak akan bersama mereka. 1. Ajak mereka berzina 2. Makan makanan haram. Raja Rom telah arahkan untuk mengumpulkan seluruh wanita cantik dan berhantar bertujuan untuk goda sahabat-sahabat Nabi SAW. Wanita tersebut datang kepada sahabat Nabi SAW dalam keadaan bogel dan bersama mereka ada emas dan perak. Namun kerana iman yang sempurna telah ada dalam diri sahabat, godaan yang dilemparkan oleh wanita tadi telah ditolak dan wanita tersebut berasa sangat terhina.

20 – Mereka diejek oleh wanita tersebut. Adakah kamu ini pondan? Sahabat berkata kami bukan pondan. Tetapi Tuhan kami (Allah) dan Nabi kami telah melarang kami dari melakukan perkara haram. 

21 – Tetapi apakah yg telah berlaku pada hari ini? Org Islam sendiri mencari wanita utk buat perkara haram. Malah telah makan makanan haram tanpa ragu2. Bagaimana bantuan Allah hendak dtg pada kita? Bagaimana doa2 kita hendak dimakbulkan. Akhirnya usaha atas agama ditinggalkan dan semangat utk amal sunnah Nabi telah hilang.

22 – Hari ini org Islam tidak fikir atas iman mereka, telah langgar perintah Allah, telah tinggalkan sunnah Nabi, maka kebathilan telah masuk dan bersarang dalam diri dan rumah2 org Islam. 

23 – Orang bathil (musuh Islam) telah wujudkan perkara2 baru utk jauhkan org Islam dari amal sunnah. Kerana mereka tahu dibelakang sunnah ada bantuan Allah. 

24 – Untuk itu umat pada hari ini sangat perlu utk buat usaha atas agama dan kembali amalkan seluruh sunnah2 Baginda SAW.kk

25 – Lihat pada diri kita sendiri. Jika fizikal kita pun tiada seperti cara Nabi SAW maka kita dalam keadaan yg bahaya. Maka solat kita pun tidak akan seperti solatnya Nabi. Makan minum kita tidak seperti makan minum Nabi dan seluruh perlakuan kita tidak seperti perlakuan Nabi. Maka dengan mudah bathil akan mengusai kita dan kita akan semakin jauh dari perintah Allah.

26 – Jika iman tiada dalam hati, selain Allah akan jadi besar pada kita. Duit akan jadi besar, pangkat akan jadi besar, kuasa akan jadi besar. Tp jika iman yg betul ada dalam hati semua perkara tersebut kita akan lihat tak lebih dari sebelah sayap nyamuk besarnya. 

27 – Oleh yang demikian, usaha agama adalah sangat penting demi untuk mengusahakan iman yang ada dalam diri. Orang yang ada iman akan yakin pada kalimah Laa ila haa illallah 100%, cinta pada sunnah Nabi SAW, akan jaga solat wajib dan sunat, akan menuntut ilmu, akan menjaga zikir, akan menjaga hubungan sesama manusia, akan buat amalan dengan ikhlas dan akan menggunakan masa dan harta dijalan yang betul.

28 – Marilah kita berdoa dengan penuh tawajjuh agar Allah pilih kita untuk kerja yang sangat besar ini dan jadikan kerja ini maksud hidup kita.

This entry was posted in Agama. Bookmark the permalink.

2 Responses to Kepentingan Usaha Agama

  1. sentiasa berdoa mohon perlindungan dariNya.
    Norhayati Suaib recently posted..Set Sendi Shaklee Melegakan Kesakitan Di Bahagian LututMy Profile

  2. rahim says:

    Allah Maha Kuasa
    Makhluk tiada kuasa

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge