Kerja halal yang jadi haram.

Assalamualaikum WBT,

Sedang menikmati makan malam disebuah hotel, terlihat kelibat seorang pelayan lelaki melayu Islam sedang membawa sebotol arak untuk dihidangkan pada seorang lelaki Inggeris. Tersentap dan tertanya-tanya, kenapalah perkara ini terjadi.

Saya sedia maklum, walaupun hotel tersebut mempunyai pengiktirafan halal dari JAKIM, tetapi arak bagai tidak dapat dipisahkan dalam menu minumannya. Namun, tidak adakah pelayan yang bukan beragama Islam sebagai pembawa minuman haram itu. Pekerja yang beragama Islam tersebut walaupun niatnya bekerja mencari rezeki yang halal, tetapi perkara tersebut telah merosakkan niatnya kerana membawa arak untuk dihidangkan kepada peminumnya sama saja berdosa seperti orang yang meminum arak.

10 perkara yang bersangkutan dengan arak :-

  1. Orang yang memerah arak
  2. Orang yang diminta arak diperah untuknya
  3. Orang yang meminumnya
  4. Orang yang membawanya
  5. Orang yang meminta arak dibawa kepadanya
  6. Orang yang menjual arak
  7. Orang yang mendapat hasil daripada arak
  8. Orang yang membeli arak
  9. Orang yang menjual arak
  10. Orang yang meminta dibelikan arak untuknya

Jadi, jika ada saudara mara kita yang terlibat dengan salah satu perkara diatas (pelayan yang paling ramai), maka ingat dan nasihatkan mereka. Semoga Allah memberi kepada mereka rezeki yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan kini.

This entry was posted in Agama, Artikel. Bookmark the permalink.

7 Responses to Kerja halal yang jadi haram.

  1. ustaz ada pesan masa kuliah zohor, arak ni ibu segala kejahatan

    dari arak akan timbul susulan perkara kemungkaran lain

  2. Sama kes dengan mereka yang kerja di 7-11…

  3. azweennour says:

    semoga pelayan yang menghidangkan arak itu sedar akan kerjanya itu..

    anak muda sekarang nampak duit saja..dosa pahala tolak tepi

  4. miss nimnim says:

    rasenye ade tertinggal satu golongan lagi, sebab no 6 dan no 9 berulang.

  5. Miecyber says:

    Arak memang terlarang…dah jauhi diri kita dari terlibat dengan arak..

    SMS provokasi
    Fenomena langit merah

  6. belogkiter says:

    Masyallah.. saya pernah bawa arak ni.. bukan unutk saya, tapi ada funtion kat office.. satu tong dalam kereta.. emm.. susah kan… saya kesal.. seolah olah saya lebih takut kan boss dari tuhan.. thanks.. for the info

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge