Majlis Eksklusif Tun Dr Mahathir

tunM

Assalamualaikum WBT,

Ucapan oleh Tun Mahathir di Majlis Eksklusif Tun Mahathir bersama NGO-NGO Melayu.

1. Korea: The Hermit Kingdom satu ketika dulu mundur. ┬áHari ini: Nama2 spt Hyundai, Samsung dikenali di Malaysia…

2. Pemimpin Korea: General Pak jadi Presiden Korea. Pernah tinggal di Jepun..jadi telah mengalami perubahan di Jepun.

3. Bila General Pak menjadi Presiden…Beliau memilih 12 peniaga yg berjaya dan mengarahkan mereka menceburi industri berat.

4. Amerika yg baik dgn Gen Pak menyuruh Korea menceburi industri pertanian & kecil… Tetapi General Pak lebih menitikberatkan bidang industri berat.

5. Korea menjadi negara yg maju kerana pemimpin bercita-cita besar. Nilai yg baik untuk sebuah negara mencapai kemajuan.

6. Berkerja kuat , rajin , amanah hingga dapat menguruskan syarikat gergasi. Bila kita maju..semuanya ada…kita leka…kita tak berusaha.

7. Hanya kata Hang Tuah – Takkan Melayu hilang..tetapi Singapura dah hilang, Selatan Thailand dah hilang.

8. Pada masa Malayan Union, Orang Melayu ada 3 puak.. Pertama – Sekolah Melayu- Standard 4 sudah terpelajar.

9. Puak yang kedua. Sekolah Inggeris. Kecil sahaja jumlahnya fasih berbahasa Inggeris. Dan puak yang ketiga – pergi sekolah pondok besar jumlahnya.

10. 3 puak ini tidak rapat. Berasaskan pelajaran. Berpecah. Pengetahuan politik cetek.

11. Tapi apabila ada ancaman Malayan Union….3 puak ini bangkit bersatu menentang British..

12. Kerana rapatnya barisan Melayu ini hingga dapat memaksa pihak British & pandai menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu.

13. Dewan Legislative Council- Umno diberi peluang utk menamakan calon untuk jd wakil di dlm Dewan Undangan.

14. Bermulalah era..ceburi politik dapat tempat di dalam Dewan Undangan… Ramai yang tak dapat nikmat ini.. Kemudian berpecah…

15. Ini berlaku kepada tamadun2 lain…yang telah maju… Mereka lupa akan perjuangan asal …hanya utk merebut nikmat.

16. Arab Springs- kaum Arab bersatu menjatuhkan diktator dengan bantuan pihak tentera.. Selepas kejatuhan diktaktor mereka berpecah pula kerana masing-masing nak jadi pemimpin.

17. Kalau kita terus di bawah British…mungkin kita takkan semaju sekarang

18. Hari ini, kita hantar 20,000 – 30,000 pelajar ke universiti. Tapi jangan sangka ia berlaku dengan sendiri. Ini telah diusahakan. Kerana orang melayu yang memegang kuasa.

19. Ada yg merasa malu nak cakap pasal Melayu takut dicop racist. Kita bukan ambik hak orang lain… kita cuma inginkan hak kita.

20. Di Singapura…Orang Melayu…minoriti…ketinggalan. Selatan Thai…Orang Melayu bercakap bahasa Thai…tak tahu berbahasa Melayu

21. Kalau kita berpecah…Orang lain akan berkuasa…Walaupun mereka orang Malaysia…disaat itu tentulah nasib Orang Melayu akan lagi buruk.

22. Kalau kita kehilangan kuasa di bidang ekonomi atau politik…mungkin keistimewaan orang Melayu akan hilang.

23. Dasar Ekonomi Baru digugurkan…jika pembangkang berkuasa.. Hak yg sama….?.. Orang Melayu akan jadi yg termiskin.

24. Bukan nak rebut kuasa tapi sekadar nak pertahan hak kita sendiri. Mungkin satu hari nanti bila kita sudah maju kita sudah tak perlukan hak keistimewaan orang Melayu lagi.

– Kompleks Kastam Kelana Jaya –

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge