Makanan ada kencing monyet?

Assalamualaikum WBT,

Dalam banyak-banyak orang kat Malaysia ni, tiada seorang pun tak pernah tak pergi makan diluar samaada di kedai tomyam, kedai mamak, warung kopi, restoran, coffee house ataupun dimana-mana sahaja tempat yang ada menyediakan makanan. Namun begitu adakah kita pasti tempat makan yang kita kunjungi itu ‘bersih’ penyediaannya.

Kenapa saya letak tanda ‘ ¬†‘ ¬†pada perkataan bersih. Bukankah semua orang akan mencari tempat makan yang bersih. Jika tidak bersih nak masuk pun tak lalu apetah lagi nak menjamu selera. Bersih dari segi kebersihannya semua orang sedia maklum. Tapi ‘bersih’ yang saya maksudkan adalah ‘bersih’ dari segi penyediaan dan aturannya.

Dari banyak-banyak cerita orang yang berniaga kedai makan, pernah kerja di kedai makan, boleh dikatakan pengusaha-pengusaha kedai makan ni akan menggunakan pelaris untuk menarik pelanggan ke kedai mereka. Se’bersih’ mana pelaris yang mereka gunakan ini? Kerana terdapat pelbagai jenis pelaris yang digunakan untuk menarik pelanggan supaya bila rasa nak makan je akan teringat kedai mereka.

Ada pelaris yang hanya menggunakan ayat suci al-quran, ada juga yang berbentuk tangkal, ada yang berbentuk makhluk halus, ada juga yang menggunakan makhluk suruhan seperti monyet dan lain-lain. Ini yang biasa saya dengar. Mungkin anda juga pernah dengar atau tahu bolehlah kongsikan disini. Tapi ‘bersih’kah makanan kita bila ada yang sanggup menggunakan perantaraan makhluk yang kita tak nampak untuk menambah kesedapan pada makanan tersebut? Dengar cerita, makhluk seperti monyet tersebut akan mengencingkan makanan dan minuman yang telah siap sebelum dihidangkan kepada pelanggan. Saya tidak berapa pasti akan kesahihannya tapi itulah yang pernah saya dengar ceritanya bukan sahaja di satu tempat, malah 6 tempat yang tidak sama daerah mahupun negerinya. Dimana? Tidak perlu saya kongsi disini kerana saya sendiri tidak pasti akan kesahihannya.

Kata orang, kedai makan yang guna pelaris jenis ini, memang ramai akan dikunjungi pelanggan. Tetapi pelanggan dari kalangan orang tempatan sukar kita lihat disitu. Pernah terjadi disatu tempat yang saya dimaklumkan mengguna pelaris tersebut, ada pelanggan dari luar yang datang makan kesitu. Keesokannya dia jatuh sakit dan bila dibawa ke doktor, doktor kata semuanya normal. Lalu dibawa berjumpa ustaz yang mahir dengan perubatan alternatif Islam dan dia disahkan telah memakan benda yang kotor. Mungkin tak semua akan rasa sebegitu kerana amal setiap manusia berbeza.

Mungkinkah perkara ini juga ada berlaku dilain-lain tempat atau di daerah berdekatan saya sahaja yang wujud perkara sebegini. Mungkin juga ada petua-petua yang boleh dikongsi bersama bagi kita elakkan dari makan makanan yang tidak ‘bersih’ ini. Tapi satu yang saya pasti, makanlah dengan tangan kanan dan jangan makan dengan tangan kiri kerana ianya adalah perbuatan syaitan.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

5 Responses to Makanan ada kencing monyet?

  1. Abang Long says:

    Salam…tanda2 akhir zaman, ramai org akan mengguna ilmu2 sebegini serta sihir-menyihir. Yg penting sebelum makan or minum mulakan dengan bismillah dan tawakal shj kpd Allah. Adat org berniaga inginkan keuntungan sebab itu bnyk ilmu2 pelaris dicari..termasuk yg memesongkan akidah

  2. Hasmizal says:

    Assalamu’alaikum..

    Saya selalu amalkan ayat ni setiap lepas solat dan setiap kali sebelum makan semasa makan di kedai-kedai makanan..

    Sila lihat artikel saya di http://irdinailham.blogspot.com/2010/10/doa-ayat-pengerak.html

    semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan Allah Taala dan dihindari dari bala bencana.. InsyaAllah..

  3. macam mana plak dgn kedai mama..btul ke citer2 yg diorg bnyk guna benda2 haram nih…

  4. astaghfirulloh ,
    macam macam saja ,

  5. Anonymous says:

    perkara nie terjdi pada keluarga saya sorg nie, takut gila… tp bila dh tahu ada org kata baca ayat kursi lpastu lidah gosok pd lelangit kalo terasa ape yg kita buat alhmdulillah kedai tu slamat dimakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge