Misi bantuan ke Masjid Kg Kelola Jerantut Pahang yang di landa banjir #Throwback

B

 

Assalamualaikum WBT.

Merujuk pada posting saya yang lepas (klik sini), alhamdulillah misi tersebut telah berjalan dengan jayanya. Maaf kerana mengambil masa yang sangat lama untuk post kerana kesibukan yang melanda.

Saya gagahkan juga untuk menulis disini kerana ada sumbangan-sumbangan yang saya terima untuk diserahkan kepada masjid tersebut setelah membaca posting saya.

A

Pengerusi JKKKP memimpin bacaan doa sebelum bertolak.

Rombongan bagi melaksanakan misi kali ini turut disertai oleh ADUN Dengkil YB Shahrum Bin Dato Mohd Sharif. Bertolak seawal jam 7.30 pagi pada 8/1/2015 dengan 6 buah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori, alhamdulillah kami tiba di Masjid Kampung Kelola pada jam 11.30 pagi. Sampai sahaja disana kami tidak membuang masa dan terus sahaja menjalankan kerja-kerja pembersihan yang masih berbaki separuh lagi tidak dibersihkan. Kawasan masjid ini juga dijadikan tempat penempatan sementara kerana hampir 80 peratus rumah penduduk kampung ini teruk dimasuki lumpur.

1

Pintu masuk masjid

2

Pokok kelapa hanyut dan terdampar diatas bumbung dewan sebelah masjid

3

Paras air yang mencecah siling, mengakibatkan seluruh peralatan elektrik termasuk sistem pembesar suara rosak.

Lumpur yang perlu dibersihkan dengan tangan.

Lumpur yang perlu dibersihkan dengan tangan.

9

Kerja-kerja pembersihan di bahagian luar

5

7

6

Pembersihan di bahagian dalam masjid

YB Shahrum bersama Dato Azizan membersihkan mimbar masjid

YB Shahrum bersama Dato Azizan membersihkan mimbar masjid

11

Semua kerja pembersihan dalaman dan wiring siap dilaksanakan sebelum masuk waktu maghrib.

Selesai kerja pembersihan kami terus membersihkan diri untuk mengadakan majlis bacaan yasin selepas solat maghrib. Seterusnya kami adakan sedikit majlis ringkas untuk menyampaikan sumbangan dan lebihan sumbangan wang tunai semuanya diserahkan untuk tabung masjid ini.

12

Bacaan yasin bersama sebahagian penduduk kampung.

14

Sumbangan dari Encik Ikmal Hisham untuk penduduk kampung

YB Shahrum turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada masjid dan penduduk kampung.

YB Shahrum turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada masjid dan penduduk kampung.

Memang tidak dapat dibayangkan dengan fikiran bagaimana air sungai yang tenang yang betul-betul terletak bersebelahan masjid ini boleh naik begitu tinggi hampir 40 kaki dan menenggelamkan masjid ini. Ada juga rumah penduduk kampung yang rosak teruk. Jumlah kerugian tidak tahu untuk saya taksirkan. Tetapi untuk sebuah masjid ini sahaja, semua barang elektrik termasuk lampu kalimantang telah bertukar baru hasil sumbangan tuan puan. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya. Rombongan kami yang kedua membersihkan masjid ialah ke Kampung Gajah Perak. InsyaAllah ada kelapangan saya akan menulisnya nanti.

Sungai Pahang yang betul-betul bersebelahan dengan masjid.

Sungai Pahang yang betul-betul bersebelahan dengan masjid.

 

This entry was posted in Kemasyarakatan, Pengalaman, Tragedi, Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge