Nak nikah lagi satu?

Assalamualaikum WBT,

Sebut sahaja nak pergi Pejabat Agama secara automatik akan terkeluar dari mulut seseorang bertanya “Kau nak kahwin lagi ke?”. Eh, apa Pejabat Agama Islam Daerah ni hanya menguruskan urusan nikah kahwin saja ke. Banyak lagi bidang tugas di Pejabat Agama tu. Nama pun Pejabat Agama Islam. Jadi, sudah tentu banyak bidang tugas yang diperuntukkan bagi menjaga kemaslahatan umat Islam di satu-satu daerah mahupun negeri.

Mari kita lihat visi, misi & objektif Pejabat Agama Islam Daerah Sepang.

VISI

Untuk melahirkan masyarakat islam yang maju, progresif, dinamik dan diredhai Allah SWT berlandaskan al-quran dan as-sunnah selaras dengan visi negeri selangor untuk menjadi negeri maju

MISI

Untuk menjadikan pejabat agama islam daerah sepang institusi yang berkualiti dan mesra pelanggan

OBJEKTIF
  • Memastikan Pejabat Agama Islam Daerah sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik, cekap dan berkesan sejajar dengan prosedur kualiti kerja MS ISO 9001 : 2000.
  • Merancang, mengurus dan melaksanakan program – program dakwah kepada masyarakat islam dan bukan islam.
  • Melaksana, menguatkuasa dan memantau undang – undang kekeluargaan islam Selangor dan enekmen jenayah syariah Selangor.
  • Untuk menjadikan masjid, surau, sekolah – sekolah agama sebagai institusi unggul islam dan pemangkin kepada pembangunan ummah yang muttaqi
  • Menyelia dan menjalankan sessi – sessi kaunseling kekeluargaan dengan terlatih dan berkesan dengan harapan ianya mampu mengurangkan permasalahan rumahtangga.
  • Merancang dan mencadangkan projek – projek pembangunan fizikal kepada pihak JAIS disamping memantau projek yang sedang berjalan atau sedia ada
  • Membantu mengesan, memantau dan membanteras aktiviti – aktiviti penyelewengan aqidah.
  • Mengenal pasti dan mengawal institusi – institusi pendidikan islam swasta.
  • Menyelia sekolah – sekolah agama JAIS.
  • Menyediakan pertuduhan dan mendaftar kes -kes jenayah syariah ke mahkamah serta membuat laporan perbicaraan.

Haaa. Kan banyak tu. Cuma peranan Pejabat Agama Islam ini perlu diperluaskan lagi agar boleh menjadi satu pusat sehenti untuk semua umat Islam menanyakan apa jua kemusykilan termasuk halal haram sesuatu perkara. Memang benar ada badan yang dipertanggungjawabkan, tapi jika satu daerah satu pusat sehenti untuk bertanyakan apa jua permasalahan agama adalah lebih molek lagi. Nak rujuk pada imam atau ustaz yang berada di kampung, jika tak sefahaman dengannya memang takkan bertanya la sampai bila-bila.

This entry was posted in Ngomel. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge