Nasi arab

Salam…

Lepas maghrib tadi entertain anak2 bawak dorang gi makan nasi arab. Mak buyung pun teringin nak pekena ayam ungkep kat Restoran Saba. Nasi arab kat sini mmg terbaik. Siang malam penuh je kedai ni. Makan la kambing ungkep (Hanith Lamb). Perghh.. terbaik terbaik terbaik…

Bila sebut pasal kambing ramai yg menolak. Takut darah tinggi la, ada bau la, pening kepala la, dan macam-macam lagi la. Nabi SAW pun makan daging kambing. Dan mengikut kajian doktor kandungan kolesterol yg terdapat dalam daging lembu adalah lebih tinggi dari daging kambing. Jadi, camne la org boleh makan daging lembu tapi tak makan daging kambing.

Wife aku sebelum ni mmg tak makan daging kambing. Sebut je, meliuk-liuk leher dia macam geli sgt. Tapi bila aku ajar makan kari kambing maka sejak itulah cintanya telah berputik. Seminggu sekali mesti nak pekena kari kambing.

So, kalau korang belum try makan nasi arab korang boleh la cuba kat Restoran Saba di Cyberjaya. Mmg terbaik. Aku tak jemu2 makan kat situ. Makan nasi je dah best. Layan lak dengan kambing ungkepnya. Mmg terbaik lah. Cakap pun tak guna. Korang cubalah sendiri. Kalau takut sesat call je aku dan sbg upahnya belanja aku sepinggan Hanith Lamb.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Nasi arab

  1. Anonymous says:

    As salam,
    Memang sedap nasi tu.Tapi kurang puas hati dengan rasa kambing msk hanith sbb lebih rasa daging rebus drpd rasa rempahnya walaupun ia sangat lembut. Lagi bagus kalau tomato di campur sikit dengan lada…mungkin lagi hebat rasanya.

  2. Anonymous says:

    Tak pon try restoren Half Moon kt seri kembangan. belakang south city. lagi sedap dan power. kalau ramai diorang letak dalam talam..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge