Nasi Lemak 50 sen

Assalamualaikum WBT,

Kisah nasi lemak semakin hangat diperkatakan hingga mengheret Timbalan Perdana Menteri untuk mengulas isu berkenaan. Aduuuhai.. Jadi isu nasional lak nasi lemak ni. Sedangkan isu ini boleh bincang secara internal je. Hasil perbincangan terus je keluarkan pekeliling ke setiap sekolah yang akan mengeluarkan arahan kepada peniaga di kantin.

Secara peribadi aku berpendapat nasi lemak yang dijual di kantin sekolah tidak terlalu berbahaya sehingga menjejaskan kesihatan murid-murid. Setakat nasi lemak di kantin sekolah berapa banyak sangat la santan digunakan pun.

Sejak dari zaman nenek aku meniaga di kantin sekolah yang mana mak aku bersekolah pada waktu itu nasi lemak sudah ada dikantin (sekitar tahun 60-an) hingga la kini, dan nasi lemak itu sendiri sudah jadi trade-mark bagi Malaysia dan baru kini ke Kementerian Kesihatan perasan yang nasi lemak ni berbahaya. Eh, berbahaya ke? Selama dah berpuluh-puluh tahun tak sibuk pula pasal nasi lemak ni. Huh… Macam takde keje lain nampaknya.

Daripada sibuk membicarakan hal nasi lemak di kantin sekolah ada baiknya jika kita ulas isu perkataan Nasi Lemak 50 sen yang digunakan dalam filem tempatan yang dilakonkan oleh pelakon seperti gambar di atas yang mana segan silu dan sensitiviti masyarakat kita ni semakin hilang dan pudar. Hal-hal yang merujuk kepada anggota badan wanita pun dengan selamba je boleh dilepaskan tanpa ditapis. Open minded la sangat ye.. Hairan.. hairan..

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

9 Responses to Nasi Lemak 50 sen

  1. dua perkataan sama tapi berlainan maksud. Kedua-dua menjadi isu tapi berlainan prioriti. nampaknya, isu nasi lemak 50 sen diketepikan sebaliknya nasi lemak di kantin sekolah pula digembar-gemburkan. mungkin, sekiranya masyarakat dapat mengatasi isu nasi lemak 50 sen, sedikit sebanyak isu nasi lemak di kantin sekolah jg akan dapat diatasi.

  2. mcm ni lah says:

    mane de nasi lemak 5kupang,. kt kg pandan ni dah naik harga rm1.50 size nasi lemak 5kupang,.

  3. Melur Jelita says:

    Entah nyer….merosakkan periuk nasi orang melayu…rata – rata yang menjual nasi lemak itukan orang Melayau kita…kasihannn

  4. koding says:

    Siapa yang patutnya dipersalahkan?
    Orang melayu semakin terhakis nilai-nilai murninya..

  5. jinkamen says:

    salam tuan rumah,

    nasik lemak dikambing hitamkan..hehehe..
    baik makan nasik lemak ngan kari kambing.
    sebenarnya apa yang diorang nak jadikan isu nih, pasal obesiti bebudak sekolah ke? bukan ke ada subjek jasmani/PJ kat sekolah ter..

  6. relevan says:

    Nasik lemak limaposen..tak ada telor..

  7. Ustaz Love says:

    Salam..

    Saje je tu nak alihkan daripada isu e-mail 1Malaysia yang kata tak payah bayar tapi kena bayar 😀

  8. KILA says:

    Cikedes lebih bahaya dr nasi lemak tak pulak dapat liputan yer..

  9. Anonymous says:

    KAN LEBIH BAGUS KLU MENTERI KESIHATAN PNDANG SERIUS TTG MAKANAN FAST FOOD MCM MCDONALDS, KFC N SEMUA LAGI YG BESAR2 TUH

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge