Selangor – Las Vegas Malaysia.

Judiharam

 

Assalamualaikum WBT,

Melihat berita tentang kedai makan dirobohkan oleh penguatkuasa Majlis Perbandaran Kajang hati rasa tersentuh. Inilah nasib mereka yang benar-benar ingin berniaga tetapi tidak mempunyai tempat yang sewajarnya. Penguatkuasa MPKJ tidak boleh dipersalahkan kerana tugas mereka adalah untuk mengikut arahan yang diberi walaupun melakukannya dalam keadaan terpaksa.

Susahnya nak cari rezeki yang halal.

Akan tetapi, premis judi haram serta rumah urut ala-ala pelacuran yang ada di Selangor pada ketika ini ditahap yang sangat membimbangkan. Apa pula peranan PBT untuk menghapuskan premis-premis sebegini yang ianya nyata lebih berbahaya dari kedai makan yang dirobohkan dengan alasan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan. Menurut Exco Kerajaan Tempatan Negeri Selangor,  ada sebanyak 1435 premis judi wujud di Selangor. (baca disini)

Nah..!!! Memang tak terkawal dan bolehlah dikatakan Selangor ni dah jadi macam Las Vegas Malaysia. Daripada membuang masa merosakkan sumber pencarian halal orang, ada lebih baik PBT di Selangor memfokuskan usaha-usaha untuk menghapuskan premis judi di Selangor ini. Pihak polis juga perlu memainkan peranan dengan lebih giat lagi tetapi kenyataan oleh bekas Ketua Polis Selangor Tun Hisan yang pada ketika itu masih lagi Ketua Polis Selangor, pihak PBT tidak mengendahkan 188 permohonan polis untuk menyita premis judi haram di Selangor (baca disini).

Wahh!!. Konspirasi apakah ini?

Di sebelah pejabat saya saja 24 jam premis judi haram dibuka dan pengunjungnya semakin hari semakin bertambah. Dan lebih mengecewakan pengunjungnya majoriti terdiri dari kaum melayu dan ada juga kakitangan kerajaan yang turut menghabiskan masa dan wang ringgit di premis tersebut.

Di mana PBT? Apa fungsi PBT sebenarnya?

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge