Sumbangan untuk saham di akhirat.

Assalamualaikum WBT,

Masjid As-Shariff, Kg. Dato Ahmad Razali, Dengkil sebuah masjid kampung yang terletak bersebelahan Putrajaya dan Cyberjaya. Masjid ini juga terdapat kelas pengajian untuk menghafal al-quran bagi pelajar lelaki dan ianya diuruskan sendiri oleh Imam 1 Masjid As-Shariff dengan kerjasama Masjid As-Shariff.

Masjid ini telah melancarkan satu tabung waqaf pembangunan dan mempelawa tuan/puan yang berminat menambah saham akhirat untuk menghulurkan sumbangan. Sumbangan yang sangat diperlukan pada ketika ini ialah bagi membiayai kos menukar keseluruhan karpet masjid yang telah lama dan agak usang bagi keselesaan jemaah.

CIMG0989

Kos keseluruhan mencecah RM100 ribu dan setakat hari ini jumlah yang diperlukan ialah sebanyak RM60 ribu. Bagi tuan/puan yang berminat untuk menyalurkan sumbangan, boleh menghubungi saya terus di talian 016-2382974 atau menulis cek atas nama MASJID AS-SHARIF KG AHMAD RAZALI. Sumbangan secara online boleh disalurkan terus ke CIMB Masjid As-Sharif Kg Ahmad Razali – 12560000018105 . (sila emel ke masjidkdar@gmail.com setelah sumbangan secara online dimasukan agar dapat kami asingkan sumbangan tersebut).  

CIMG0991

Semoga sumbangan tuan/puan dapat menambah keselesaan jemaah yang bersolat dimasjid ini serta akan menambahkan lagi saham akhirat tuan/puan. Segala sumbangan yang dihulurkan kami dahului dengan jutaan terima kasih dan Allah SWT sahaja akan mengurniakan sebaik-baik ganjaran atas jasa baik tuan/puan.

Gambar persekitaran dan lokasi masjid boleh lihat DISINI.

This entry was posted in Iklan, Kemasyarakatan. Bookmark the permalink.

One Response to Sumbangan untuk saham di akhirat.

  1. dah promote juga untuk sumbangan masjid dalam blog :)
    Mohd Mustakim recently posted..5 Bulan di Lahad DatuMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge