Terkini dari Pos Kuala Mu

Assalamualaikum WBT,

Gambar diatas dirakam pada 15 Julai 2012. Belum sampai sebulan dari tarikh akhir (22-24/6/2012) Kelab D’Harung menghantar bantuan yang dikumpul hasil sumbangan syarikat koporat dan orang perseorangan, pada 14-15 Julai 2012 Kelab D’Harung sekali lagi meredah laluan off-road yang agak panjang atas maksud perikemanusiaan dan persaudaraan sesama Islam.

Sumbangan tuan/puan sebelum ini telah dimanfaatkan sepenuhnya. Kelas pembelajaran Celik Al-Quran dan Fardhu Ain untuk anak-anak orang asli di Pos Kuala Mu telah terlaksana. Ustaz yang memohon sumbangan telah menggunakan sepenuhnya sumbangan yang diperolehi dengan sebaik mungkin.

 

Mudah-mudahan usaha untuk menjadikan anak-anak orang Asli disana menjadi Celik Al-Quran dan juga celik Fardhu Ain akan berjaya dan seterusnya dapat menjadi kesinambungan untuk menjadi tenaga pengajar buat yang lain pula. Lebih utama lagi agar mereka dapat menjadi pendakwah untuk terus menarik seberapa ramai lagi masyarakat orang Asli yang masih tidak beragama.

Tidak sah jika tiada barang keperluan makanan dibawa bersama. Oleh kerana Ramadhan pun sudah semakin hampir, kami menambah lagi barang keperluan makanan untuk mereka agar mudah mereka berpuasa tanpa perlu keluar masuk ke hutan mencari juadah untuk bersahur dan berbuka puasa.

This entry was posted in D'Harung. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge