UiTM Dengkil

signboard

Assalamualaikum WBT,

Menjelang 2016, Dengkil akan lebih dikenali di Malaysia setelah terbinanya Pusat Asasi Universiti Teknologi Mara disini. Projek pembinaan telah mula dijalankan pada November 2012 dijangka siap sepenuhnya pada November 2015. Berikut saya sertakan gambar-gambar terkini ditapak pembinaan dan preview lakaran siap.

 

site2

Gambar diatas adalah blok pentadbiran utama yang hampir mencecah ke tingkat 6 pembinaan strukturnya. Bangunan pentadbiran ini akan dibina setinggi 11 tingkat.

site3

Gambar diatas pula adalah bangunan penyelenggaraan dimana kontraktor yang bertanggungjawab menyiapkan Pusat Asasi UiTM Dengkil ini diberi konsesi selama 20 tahun setelah siap untuk menyelenggara seluruh kompleks Pusat Asasi UiTM ini.

site4

Gambar diatas menunjukkan kerja-kerja pembinaan giat dijalankan dan mengikut jadual yang ditetapkan.

block

Berikut pula ialah cadangan pembangunan di kawasan tanah seluar 47 ekar milik kerajaan persekutuan.

progress

Status kemajuan projek hingga kini baru mencecah 6 persen. Mengikut taklimat yang diberikan, menjelang April 2014, seluruh struktur bangunan akan siap terbina.

sideview

Pandangan gambaran siap dari sebelah sisi.

south

Pandangan gambaran siap dari sebelah belakang.

surauIni pula surau yang mampu menempatkan seramai 500 orang jemaah pada satu2 masa. Persoalannya, dianggarkan 2000 orang pelajar lelaki dan 3000 orang pelajar perempuan yang akan ditempatkan disini, bagaimana keadaan surau ini mampu untuk menambah hanya 10 peratus jemaah dari keseluruhan pelajar yang ada? Itu tidak termasuk dengan kakitangan dan tenaga pengajar yang ada. Moga ada jalan penyelesaiannya nanti kerana dijangka lebih 1500 orang akan solat Jumaat disitu nanti dan mungkin lebih.

Begitulah sedikit gambaran UiTM Dengkil yang sedang rancak dibina ketika ini dan ramai orang Dengkil sendiri tidak tahu tentang ini. Ini kerana kawasan pembinaan agak ke dalam sedikit dari jalan utama dan dijangka apabila struktur bangunan pentadbiran 11 tingkat siap dibina menjelang April nanti, barulah orang tempatan akan perasan pembinaan UiTM Dengkil ini.

UITM DENGKIL TERKINI (sila klik)

UITM DENGKIL SEPTEMBER 2014

UITM DENGKIL JULAI 2015

 

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

53 Responses to UiTM Dengkil

  1. Anonymous says:

    berulang alik menggunakan dengkil bypass klia ke cyberjaya, tak nampak pun pembinaan uitm ini. di mana kah lokasi sebenar uitm dengkil ini? adakah ke arah kajang, atau banting. apakah landmark terdekat? terima kasih.

    • azwandengkil says:

      Betul2 dihadapan Taman Dengkil Jaya. Buat masa ini semak di depan kwsn pembinaan tu membuatkan ianya terlindung.

    • Anonymous says:

      klau nmpk kren dlm 2 3 biji tu, itu la dia. kalau menghala ke KLIA lepas je hotel sepang sblh kiri depan sikit lagi tgk sblh kanan ada kren

      • azwandengkil says:

        Lebih dari 5 biji kren. Sedang rancak pembinaannya skrg ni. Kalau malam nmpk terang kwsn terbabit.

  2. Jihamir says:

    Kat sini takda nak pakai orang untuk kerja kosong admin or clerk site project ke???

  3. GOURI says:

    jika beli apartment di taman topaz untung tak jangka masa akan datang untuk buat pelaburan

    • azwandengkil says:

      Pelaburan beli rumah tidak pernah merugikan

      • Mohd taib chek says:

        Assalammualaikum tuan,

        Projek Tmn Topaz sekian lama terbengkalai. Bank akan lelong sebahagian apartmen….ada maklumat tak, sama ada projek akan disambung semula?

    • ayu says:

      Kalau untuk kakitanggan mungkin boleh lah.tetapi bagi pusat asasi yang akan di pusatkan ke dengkil semua student duduk dalam hostel. itu yang saya tahu

    • jw says:

      Saya ader satu unit kat taman topaz

      • ayu says:

        en jw nak jual ke unit tu?

        saya mencari floor bawah dan harga yang bawah market value.

        • Julie says:

          Sy pun ada 1 unit kt tmn topaz…mmg dulu projek terbengkalai…tp skang projek tu dah siap 100%…sy dah sewakan pun unit sy tu…alhamdulillah senang nk cari penyewa…bnyk jugak unit yg nk dilelong sbb pembeli x mampu bayar masa projek ni terbengkalai dulu…harga dlm RM69000-150000…cuba la try msk kwsn tu bnyk tgk agen2 tampal notis rumah utk dilelong…

      • nasyreeq idlan says:

        Tuan boleh kita berhubung .. sy berminat nk tshu psl tmn topaz ni.. sejarah rmh ni… sy siswazah uitm… uitm sentiada di hati ku . Hehe ..

        email sy nasyreeq.edar@gmail.com

  4. vicky says:

    Apa kelayakan Akademik yang diperlukan untuk jadi pensyarah Kat uitm dengkil. PhD BAHASA INGGERIS perlukah?

  5. Hana says:

    Berapa peratus pembinaan telah berjalan as of 15 july 2014?

  6. mohd says:

    bile da siap nnt, mcm mane nak mohon utk berniaga di cafe utk students uitm?

  7. ita says:

    Assalamulaikum, mohon tuan untuk update status terkini pembinaan UiTM Dengkil.
    lagi satu, saya ingin bertanya berkenaan kawasan perumahan yang terdekat dan sesuai utk kakitangan UiTM Dengkil yang boleh kami survey. Terima kasih.

    • hani says:

      Tertanya2 jugak uitm dengkil ne pusat asasi utk ape yer? Asasi medik ke law ke engineerg? Dgar citer mcm law… Betul ke? sy pon ex-uitm shah alam… Degree in sains gunaan.. Haha… Sy pon ad beli rumah di taman topaz.. Alhamdulilah.. Tgkat 3.. Jemput dtg rumah ye jiran2.. Beli sbb dekat dgn klia n puchong…

    • azwandengkil says:

      Status terkini boleh dilihat disini http://azwandengkil.com/uitm-dengkil-terkini . Mmg banyak taman perumahan yang ada dan yg paling hampir ialah Taman Dengkil Jaya.

  8. norliza says:

    Uitm Klau saya nak mohon kedai atau ruang untuk niaga kat uitm tu, siapa yg perlu saya hubungi?

  9. suesulaiman_propertyagent says:

    As salam, saya ada teres 2 tgkt untuk dijual di Taman Arked Dengkil, rumah baru RM405k. Sila hubungi saya di 0129140093 kalau bminat.

  10. Nasir says:

    Salam sejahtera
    Pintu besar UiTM Dengkil ialah jalan Air Hitam Dengkil?

  11. mr zul says:

    Salam..saya nak tanya ada siapa2 yang beli rumah di tmn topaz tak? Kalau nak disewakan brape yer?

  12. fobia says:

    SAYA FOBIA..TAKUT DUDUK DENGKIL..RAMAI INDON..KES CURI..KES ROGOL PUN PERNAH DENGAR..KES BUNUH..TOLONG LE SURUH PIHAK BERKENAAN BUAT RONDAAN SETIAP TGH MALAM..JGN ROUND MINUM TEH TARIK JE

    • azwandengkil says:

      Jgn dengar melalui cakap-cakap atau dimedia sahaja. Kejiranan yg baik serta persatuan penduduk serta JKKK dan JKKKP yg aktif telah banyak menyelesaikan permasalahan yg saya kira wujud dimana-mana. Secara amnya Dengkil aman dan sejahtera.

  13. pojie says:

    Ade x maklumat ttg tmn topaz..sy nk menyewa disitu..agk2 berapa rate nye ye..

  14. eirashark says:

    kalau nk bukak kedai dlm uitm dengkil mcm mana ye?

  15. zuhairina bt mohamad says:

    Minta kerjasama jika ada kekosongan jawatan di uitm dengkil…

  16. Pauline says:

    Sesiapa yang berminat untuk mencari tempat tinggal di Dengkil, boleh mempertimbangkan kondominium putra intan.

    Ada pengawal 24 jam.

    Unit saya untuk disewa. RM1300, hampir “fully furnished”

    Tolong hubungi saya kat 0163235816 jika berminat.

  17. Dahlia says:

    Salam, UiTM dengkil ada asasi perakaunan atau diploma perakaunan?

  18. maria says:

    salam…. mcm mane nak apply sbgai pensyarah di uitm dengkil ni? nak berhubung dengan siapa ye…

  19. Anonymous says:

    Saya lepasan spm 2014. Jika saya masuk palam so saya akan pindah uitm dengkil sini ke? Mohon pencerahan pihak tuan

  20. unknown says:

    diorg akan buka tender

  21. diel_bahar says:

    tuan,UiTM Dengkil ni dijangka beroperasi bila?

  22. whiterose says:

    Salam..saya nak tanya uitm dengkil ni ada courses untuk accounting tak? Asasi, diploma or degree..?

  23. Anonymous says:

    Uitm dengkil hanya dibuka untuk program asasi saja kah? Degree ada sekali tak?

  24. nor azman bin abdul ghani says:

    Salam…saya adalah penduduk berdekatan dengan uitm,dan juga adalah bekas pekerja di syarikat bekalan air selangor dan bpengalman lbih 10 thun dlm kerja maint..sya ingin btanya, bgaimba sya ingin memohon jwt sbgi maint di uitm dengkil ini..ada x jwtan tersebut disana…

  25. nor azman bin abdul ghani says:

    Bagaimana nak memohon jwtan tersebut

  26. mira says:

    Adakah student asasi 2015/2016 akan ditukarkan ke uitm dengkil?

  27. Anonymous says:

    kmudahan2 dan mall area uitm dengkil ?

  28. rozies says:

    Tuan sekadar bertanya bagaimana nak memohon tapak atau cafe di uitm ini…
    rozies recently posted..Nasi Ambeng DengkilMy Profile

  29. cik haireen says:

    salam,
    saya nak tanya. saya pelajar dari sebuah institusi swasta yang berkelobrasi dgn uitm. boleh tak kalau saya nk pindah ke uitm sebenar atau uitm dengkil ni? mohon diberi jawapan :(
    cik haireen recently posted..UiTM Dengkil kini bercahayaMy Profile

    • azwandengkil says:

      Saya hanya penulis yang melihat pembangunan UiTM Dengkil dari tepi jalan. Untuk maklumat lain saya tidak ada. Maaf ye.

  30. shakira says:

    kalau nak ke uitm dngkil dgn mnaiki tren. saya perlu turun d stesen mna yg brdkatan dgn uitm trsbut? harap dpat jawab dgn sgera

    • azwandengkil says:

      Naik ERL turun di Putrajaya Sentral dan dr Putrajaya Sentral ada bas ke UiTM Dengkil setiap 20 minit

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge