XPDC 4X4 sambil beramal – Sumbangan anda diperlukan.

Assalamualaikum WBT,

Kelab 4X4 D’Harung sekali lagi dengan XPDC Off-Road sambil beramal akan menuju ke perkampungan orang asli Pos Kuala Mu, Sg.Siput Perak pada 22 – 24 Jun 2012. Konvoi akan bertolak dari Dengkil jam 10.00 malam. XPDC amal kali ini seperti biasa akan membawa barang keperluan harian bagi masyarakat orang asli yang majoritinya beragama Islam.

Atas usaha yang tak pernah jemu rakan-rakan membuat usaha dakwah atas masyarakat orang asli, telah lahir seorang ustaz dikalangan anak orang asli di Kuala Mu. Beliau berhasrat untuk mengadakan program Celik Al-Quran dan asas Fardhu Ain untuk masyarakat orang asli disana dan sedia menjadi tenaga pengajar. Atas maksud itu, XPDC kali ini juga akan membawa barangan bantuan pembelajaran bagi menjayakan hasrat murni beliau. Barangan yang diperlukan adalah seperti berikut :-

  1. 2 buah papan putih (white board) besar.
  2. marker pen ( hitam & merah) masing2 setiap warna 3 kotak, bermakna 6 kotak.
  3. pensel (stok dalam 20 kotak)
  4. pemadam (utk kanak2) memadam semasa menulis. dalam 100 biji.
  5. pemadam papanĀ putih (white board)
  6. buku tulis 200/300 muka surat 100 buah.
  7. buku rujukan asas fardhu ain 50 buah.
  8. buku jawi utk pengajar & murid-murid.
  9. kad jawi ( alif, ba , ta)
  10. buku Iqro’ (utk kelas bacaan Quran)
  11. buku mewarna yang agak versi islamic.

Dengan jarak Off-Road dari jalan yang berturap sejauh 67 km adalah sangat mustahil bagi mereka mendapat barangan tersebut di luar tanpa kenderaan yang bersesuaian. Jika tuan/puan berminat untuk menghulurkan sumbangan, bolehlah terus menghubungi saya di talian 016-2382974. Jika ada sumbangan lain seperti pakaian, barang makanan seperti beras, gula, minyak, dll, boleh juga disalurkan kepada kami untuk kami sampaikan kepada saudara seIslam kita yang jauh tinggal di tengah hutan belantara.

InsyaAllah, moga dengan sebutir beras yang kita dermakan akan memberi keceriaan kepada mereka dan hanya Allah SWT sahaja yang memberi ganjaran atas apa yang kita dermakan.

UPDATE :

Program ini adalah Program Usahama Kelab D’Harung dan Biro Pemuda Masjid As-Sharif Kg.Dato Ahmad Razali, Dengkil.

Segala sumbangan tunai bolehlah disalurkan ke akaun CIMB Masjid As-Sharif Kg Ahmad Razali (12560000018105) atau Cek atas nama MASJID AS-SHARIF KG AHMAD RAZALI
Bagi yang membuat sumbangan terus masuk ke akaun sila maklumkan kepada saya melalui email azwandengkil@yahoo.com

This entry was posted in D'Harung. Bookmark the permalink.

3 Responses to XPDC 4X4 sambil beramal – Sumbangan anda diperlukan.

  1. lieza says:

    Baru je balik dari Off Road ke Kuala Mu semalam. Tempat mmg adventure best.

  2. sy pernah ke sana suatu tika dulu, kemudian treking ke gng yong yap

  3. kunjungan gan .,.
    saat kau kehilangan arah ingatlah masih ada yang menolong mu
    dan tetap berdoa mengharap untuk menemukan jalanmu.,.
    di tunggu kunjungan balik.na gan.,.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge